Anda di sini

Kumpulan Sokongan Pink Ribbon Sarawak digalak tubuh cawangan di wilayah utara

 Rosey (lima kanan) menerima jemputan bagi pihak kementerian daripada Suriani untuk hadir ke pembukaan rasmi pusat Pink Ribbon bulan depan.
JEMPUTAN: Rosey (lima kanan) menerima jemputan bagi pihak kementerian daripada Suriani untuk hadir ke pembukaan rasmi pusat Pink Ribbon bulan depan.

KUCHING: Terdapat ke-perluan bagi kumpulan sokongan kanser payudara di Miri untuk berkhidmat di wilayah utara, ujar Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Rosey Yunus sambil menggalakkan Kumpulan Soko-ngan Pink Ribbon Sarawak menubuhkan sebuah cawa-ngan di sana.

Beliau berkata, adalah penting untuk mempunyai kumpulan sokongan sedemikian di samping memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai peranan mereka.

“Kesedaran mengenai pe-ranan kumpulan sokongan ini harus disebarkan ke seluruh Sarawak supaya orang ramai tahu bahawa mereka mempunyai tempat untuk bersandar atau menangis, selain mempunyai tempat yang akan mendengar masalah mereka.

“Pesakit dan mangsa yang terselamat daripada kanser payudara perlu mengawal kehidupan mereka dan tidak berputus asa kerana mereka masih mempunyai harapan,” katanya ketika menerima  kunjungan hormat Kumpulan Sokongan Pink Ribbon Sarawak semalam.

Delegasi seramai sembilan anggota itu diketuai Presiden Kumpulan Sokongan Pink Ribbon Sarawak Suriani Rapaiee.

Rosey menyuarakan penghargaannya kepada kumpulan sokongan berasaskan komuniti berkenaan yang memperkasakan pesakit dan mangsa kanser payudara dengan meyakinkan mereka bahawa perkara yang diperlukan oleh mangsa adalah untuk tidak berputus asa.

Beliau juga menegaskan bahawa wanita perlu menge-tahui betapa pentingnya membuat pengesanan awal berhubung kanser payudara kerana ia dapat menyelamat-kan nyawa.

“Dalam hal ini, wanita perlu mengetepikan rasa malu dan stigma. Mereka juga perlu tahu cara melakukan pemeriksaan terhadap diri sendiri.

“Mereka juga memerlukan bantuan profesional terutama apabila melibatkan pantang larang kerana jika semua perkara merupakan pantang bagi mereka, mereka mungkin akan menjadi lebih sakit.

“Mereka memerlukan rakan-rakan profesional yang berjaya mengatasi kanser payudara dan pernah meng-alami tekanan, kesakitan dan sebagainya akibat penyakit itu. Kita tahu bahawa mereka yang terselamat daripada kanser tersebut memerlukan sokongan terutama sokongan moral,” katanya.