Anda di sini

Kolej Matrikulasi Labuan perlu RM1.06 juta perbaiki kemudahan mendesak

Advertisement
 Rozman (ketiga kanan) ketika melawat KML.
TINJAU: Rozman (ketiga kanan) ketika melawat KML.

LABUAN: Kolej Matrikulasi Labuan (KML) memerlukan peruntukan RM1.06 juta untuk memperbaiki pelbagai kemudahan kampus itu yang kini berada dalam keadaan daif dan tidak selesa sebagai gedung ilmu lebih 3,000 pelajar.

Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli berkata pihaknya akan mengajukan permintaan khusus kepada Kementerian Pendidikan Malaysia serta Kementerian Kewangan Malaysia agar memberikan keutamaan kepada keperluan berkenaan dalam Bajet 2020.

“Kita difahamkan kolej berkenaan telah menerima peruntukan pembaikan fizikal tahun ini namun hanya dapat menampung sebahagian kecil dari keseluruhan pembaikan yang mendesak,” katanya.

Rozman seterusnya menyatakan pihaknya juga akan menjemput Menteri Pendidikan Datuk Dr Maszlee Malik untuk datang ke Labuan bagi melakukan tinjauan antara lain keadaan fizikal kampus KML.

 Antara struktur kampus KML yang mendesak diperbaiki.
PERLU DIPERBAIKI: Antara struktur kampus KML yang mendesak diperbaiki.

Ketika tinjauan dan taklimat dijalankan, Pengarah KML Mohd Idris Omar memberitahu Rozman bahawa pelbagai kemudahan mendesak perlu diperbaiki meliputi kolej kediaman pelajar, bangunan perkuliahan, distribusi perpaipan, kumbahan, masjid dan pagar kampus.

Rozman berharap kepada kalangan pensyarah dan staf kampus berkenaan agar tetap sabar dan kreatif menangani keadaan sehingga usaha-usaha memperoleh peruntukan mencukupi dapat ditangani.

  • oleh
  • Advertisement