Anda di sini

Kerajaan tolak pihak timbul politik kebencian 

Advertisement
 Phoong (tengah, baris depan) merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat yang lain dan pihak penganjur.
GAMBAR KENANGAN: Phoong (tengah, baris depan) merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat yang lain dan pihak penganjur.

KOTA KINABALU: Kerajaan hari ini menolak sekeras-kerasnya mana-mana pihak yang cuba menimbulkan politik kebencian dalam kalangan masyarakat.

Menteri Belia dan Sukan Phoong Jin Zhe berkata, perbuatan sedemikian akan menimbulkan lagi perbalahan dan perpecahan dalam kalangan rakyat.

"Ini adalah matlamat kita dan kita berharap negara ini akan terus fokus untuk membawa kemajuan negara dan mengetepikan perbezaan antara satu sama lain.

"Kita perlu bersama-sama sebagai rakyat Malaysia untuk terus membawa kemajuan kepada negara tercinta ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis 'Doa Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih'  sempena Hari Kebangsaan peringkat negeri Sabah 2019, di sini semalam.

Sementara itu, Phoong amat berbesar hati kerana dijemput sebagai tetamu kehormat acara anjuran Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) itu.

Kehadirannya dianggap sebagai wakil kepada seluruh rakyat Sabah yang inginkan negara ini terus aman dan harmoni.

Justeru, beliau menyeru seluruh rakyat untuk bersama-sama mengekalkan keharmonian dari segi kepelbagaian kaum dan agama.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin dan Presiden FCAS Tan Sri TC Goh.

  • oleh
  • Advertisement