Anda di sini

Jangan persia peluang untuk mara

Advertisement
 Pemain Sarawak tampak bersemangat pada sesi latihan di Stadium Sarawak, Petra Jaya semalam.
MISI MENCABAR: Pemain Sarawak tampak bersemangat pada sesi latihan di Stadium Sarawak, Petra Jaya semalam.

KUCHING: Jurulatih interim Sarawak, Mohamad Denny Da’ail menyeru pemainnya agar tidak mensia-siakan peluang dengan memastikan kutipan mata apabila melayan kunjungan Johor Darul Ta’zim II dalam aksi terakhir Kumpulan A saingan Piala Cabaran 2019.

Kedua-dua pasukan itu akan membuat perhitungan di Stadium Sarawak, Petra Jaya malam ini dengan Sarawak hanya memerlukan keputusan seri daripada perlawanan itu untuk mengesahkan slot ke separuh akhir.

“Peluang kita untuk ke separuh akhir sangat cerah. Namun kita memerlukan sekurang-kurangnya satu mata untuk mengesahkan tempat.

“Justeru, saya menyeru kepada pemain untuk tidak mensia-siakan peluang ini dengan bermain bersungguh-sungguh untuk memastikan kita mara,” katanya ketika ditemui semalam.

Denny bagaimanapun akui anak didiknya bakal berdepan tugas sukar untuk mencapai misi itu berikutan ketiadaan beberapa pemain tonggak.

Katanya, pemain tengah Shreen Tambi tidak akan diturunkan kerana masalah keluarga.

Selain itu, penyerang Hudson Dias dan Mohamad Alif Hassan juga mungkin direhatkan kerana belum cergas sepenuhnya dari kecederaan dialami semasa sesi latihan.

“Kita masih memantau keadaan semasa Hudson dan Alif. Sememangnya pasukan amat mengharapkan khidmat kedua pemain itu untuk menggempur gawang JDTII.

“Kecergasan beberapa pemain lain juga kurang memuaskan kerana kita terpaksa menjalani latihan dalam persekitaran tidak sihat ekoran keadaan berjerebu,” katanya lagi.

Sarawak menghuni tangga ketiga Kumpulan A namun berkongsi tiga mata dengan Kelantan.

Manakala JDTII telah mengesahkan slot awal ke separuh akhir dengan mengungguli carta selepas memenangi kesemua tiga perlawanan untuk mengumpul 9 mata.

Perlawanan kedua pasukan itu akan bermula pada jam 8.15 malam.

  • oleh
  • Advertisement