Anda di sini

Anggak Bowls A1 juara Lawn Bowls Tertutup MPK Layangan 2019

Advertisement
 Pemain yang menyertai Kejohanan Lawn Bowls Tertutup MPK Layangan 2019 bergambar kenangan selepas menerima hadiah masing-masing.
KENANGAN: Pemain yang menyertai Kejohanan Lawn Bowls Tertutup MPK Layangan 2019 bergambar kenangan selepas menerima hadiah masing-masing.

LABUAN: Pasukan Anggak Bowls A1 muncul juara Kejohanan Lawn Bowls Tertutup Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Layang-Layangan 2019.

Kejohanan tiga hari (7-9 Sept) itu telah diadakan di Padang Lawn Bowls Antarabangaa Labuan, Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, Tanjung Purun.

Pada aksi final pasukan Anggak A1 menewaskan Pasukan TM2 Blok 2 dengan keputusan 21-3. 

Dengan kejayaan itu, Anggak A1 membawa pulang hadiah berupa piala pusingan, wang tunai RM500 dan medal.

Manakala naib johan menerima wang tunai RM400 dan medal.

Tempat ketiga pula dimenangi pasukan Sepakat Blok 5 selepas mengalahkan pasukan Robin Team Blok 5, 12-9. 

Pasukan Sepakat Blok 5 meraih wang tunai RM300 dan medal, ke-4 wang tunai RM200 dan medal manakala tempat ke-5 hingga ke-8 menerima wang tunai RM50. 

Seramai 200 pemain yang mewakili 20 pasukan dengan 5 sepasukan bermain secara Fours@berempat 1 simpanan anjuran MPK Kampung Layangan berkenaan.

Pengerusi penganjur, Roziman Sabtu berkata, antara objektif pertandingan itu adalah untuk mencari bakat baharu serta sebagai satu aktiviti yang menyihatkan dan merapatkan hubungan antara penduduk Kampung Layangan. 

“Pertandingan itu memberi ruang dan peluang kepada penduduk kampung menunjukkan bakat dan kemahiran dalam acara lawn bowls,”katanya ditemui pada majlis itu.

 Anggak Bowls A1 juara lawn bowls.
JUARA: Anggak Bowls A1 juara lawn bowls.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengerusi MPK Kampung Layangan, Faizal Haji Lakat.

“Saya berharap menerusi aktiviti sihat itu akan melahirkan warga kampung yang sihat tubuh badan dan cergas serta cerdas sekaligus membantu membangunkan Kampung Layangan dalam pelbagai bidang,”kata Faizal selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Tambah Faizal, program tahunan itu akan terus diadakan kerana ia semakin diminati penduduk Kampung Layang-Layangan. 

Advertisement