Anda di sini

Wanita telan lebih 20 pil untuk gugurkan bayi enam bulan

Advertisement
FIRDAUS
FIRDAUS

KUDAT: Seorang wanita berhadapan hukuman undang-undang selepas didapati menggugurkan kandungannya yang berusia enam bulan di sebuah hotel, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kudat Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata, lebih teruk lagi kejadian jam 1.30 petang itu turut menyebabkan uri bayi tertinggal di dalam rahim suspek.

“Kejadian berlaku apabila suspek berumur 20-an bertindak menelan lebih 20 biji pil selain memasukkan beberapa lagi pil ke dalam kemaluannya untuk menggugurkan kandungan yang berusia enam bulan.

“Semasa berada di dalam bilik sebuah hotel di sini, kandungan suspek terkeluar menyebabkan pekerja hotel terpaksa menghubungi pihak ambulans untuk tindakan kecemasan,” katanya.

Beliau berkata, suspek dan bayi malang itu kemudiannya dibawa ke hospital bagaimanapun bayi terbabit disahkan sudah meninggal dunia.

“Suspek kemudiannya dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu untuk rawatan selanjutnya berikutan uri bayi tertinggal di dalam rahim dipercayai kesan ubat yang digunakan,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata suspek kini dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di hospital.

Menurutnya, pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut berkenaan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 315 Kanun Keseksaan kerana menggugurkan kandungan.

  • oleh
  • Advertisement