Anda di sini

UNIMAS siasat dakwaan pelajar berhubung isu makanan semasa Minggu Aluan Pelajar

Advertisement
MOHD FADZIL 

KUCHING: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sedang melakukan siasatan ke atas dakwaan pelajar baharu dihidang makanan di bawah piawaian dan tidak sesuai dengan jumlah dibayar semasa Minggu Aluan Pelajar baru-baru ini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ewal Pelajar dan Alumni) UNIMAS, Prof Datu Mohd Fadzil Abdul Rahman berkata jika terbukti kontraktor pembekal makanan (bagi tempoh itu) gagal mematuhi terma-terma kontrak, universiti tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas dengan menyenarai hitam syarikat berkenaan.

“Penyediaan makanan kepada pelajar semasa Minggu Aluan Pelajar dibekalkan oleh beberapa kontraktor dilantik oleh univesiti dan apa yang berlaku mungkin salah satu daripada kontraktor-kontraktor ini gagal mematuhi terma-terma dan syarat-syarat kontrak,” ketika dihubungi hari ini. 

Fadzil menjelaskan pembekal makanan secara kontrak di universiti ditender kepada kontraktor-kontraktor berbeza bagi memastikan makanan dibekalkan tidak tercemar.

“Kami perlu menyediakan manakan kepada kira-kira 3,000m pelajar dan jika kami menggunakan khidmat satu kontraktor, mereka mungkin tidak dapat mengendalikannya,” jelasnya.

Beliau berkata apa yang berlaku adalah kes terpencil kerana universiti sangat mengambil berat dan sentiasa memastikan ia menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelajarnya.

“Kami telah melakukan ini untuk lebih 20 tahun dan ini kali pertama kami menerima aduan seperti ini (berhubung kualiti makanan dihidangkan kepada pelajar).

“Hakikatnya, tinjauan kami mendapati lebih 80 hingga 90 peratus pelajar mengambil makanan yang dihidangkan sepanjang minggu aluan pelajar dan hanya kumpulan kecil tidak menyukainya,” kata Fadzil lagi.

Beliau menegaskan pelajar yang menyuarakan pendapat mereka di media social seharusnya dengan segera memaklumkan pihak universiti.

Langkah itu katanya akan membolehkan UNIMAS menyelesaikan isu berkenaan dengan segera.

“Universiti boleh berdepan dan menegur kontraktor terbabit serta merta jika dimaklumkan kepada kami.

“Jika terbukti ia benar, kami akan menyenarai hitam kontraktor terbabit dan mereka tidak akan menerima bayaran. Kami tidak bertolak ansur dan berkompromi dengan kontraktor yang tidak bertanggungjawab, mencari keuntungan berlebihan,” tegasnya.

Selasa Pembantu Khas kepada Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, , Sim Kiat Leng berkata DAP Sarawak menerima beberapa aduan berhubung kualiti makanan dihidangkan kepada pelajar baharu semasa Minggu Aluan Pelajar baru-baru ini.

Menurut Sim pelajar hanya dihidangkan dengan nasi goreng dan minuman pada harga RM4 manakala bagi makan tengah hari dan malam, mereka dihidang menu nasi dan ayam goreng pada harga RM8 masing-masing setiap seorang.

Justeru Sim mahu UNIMAS melakukan siasatan teliti terhadap aduan-aduan tersebut kerana ia melibatkan kesihatan dan kebajikan pelajar.

TAMAT

  • oleh
  • Advertisement