Anda di sini

Suspek penyeludup petrol diberkas di pondohan Bohey Dulang

Advertisement
 PPM Semporna menangkap seorang suspek penyeludup petrol di kawasan pondohan Pulau Bohey Dulang.
SUSPEK: PPM Semporna menangkap seorang suspek penyeludup petrol di kawasan pondohan Pulau Bohey Dulang.

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) menangkap seorang suspek penyeludup minyak petrol di sebuah rumah tidak bernombor di pondohan Pulau Bohey Dulang, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata, suspek seorang lelaki berumur 23 tahun terbabit ditangkap bersama kira-kira 25 liter petrol yang disyaki hendak diseludup ke Filipina.

“Keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM16,164 termasuk sebuah bot yang digunakan oleh suspek,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Katanya, maklumat berhubung kegiatan suspek disalurkan melalui Unit Risikan Marin (URM) sebelum serbuan dilakukan dan membawa penemuan 32 jerikin minyak.

Menurutnya, pemantauan dan hasil risikan berterusan mendapati suspek membawa bekalan petrol secara sedikit demi sedikit dari pekan dan disembunyikan di hutan bakau.

“Sekalipun kawasan persembunyian petrol oleh suspek dilakukan di kawasan tersorok, namun modus operandi lelaki berkenaan berjaya dikesan,” katanya.

Pajeri berkata, tangkapan dan rampasan dibawa ke Pangkalan Markas Operasi PPM Semporna mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Penahanan terbabit dibaca bersama Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang memperuntukkan hukuman denda RM1 juta dan penjara tiga tahun, jika sabit kesalahan.

  • oleh
  • Advertisement