Anda di sini

Sarawak realisasi impian tingkat ekonomi dengan pembinaan loji methanol pertama

Advertisement
Abang Johari menerima cenderamata daripada Abdul Aziz hari ini.
Abang Johari menerima cenderamata daripada Abdul Aziz hari ini.

BINTULU: Sarawak merealisasikan impiannya untuk terus meningkatkan ekonominya ke arah lebih ke hadapan dengan pembinaan loji methanol yang pertama di negeri ini.

Pengerusi Sarawak Petchem Sdn Bhd Tan Sri Datuk Amar Dr Abdul Aziz Dato Husain berkata, hari ini menanda satu lagi pencapaian Sarawak dalam usahanya merealisasi penglibatannya dalam industri hiliran petrokimia minyak dan gas di Bintulu.

"Ia tidak mustahil projek ini dapat dilaksanakan dengan penglibatan Petronas menerusi Perjanjian Jualan dan Gas yang mana kunci termanya telah dipersetujui selepas Perjanjian Pembelian dan Jualan untuk produk yang diambil dengan Petronas Chemicals Marketing Labuan Ltd dan sokongan operasi dan penyelenggaraan dengan menandatangani memorandum persefahaman bersama Institut Teknologi Petroleum Petronas (INSTEP) untuk keupayaan pembangunan juruteknik dan operator baharunya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan aluan sempena Upacara Pecah Tanah Projek Loji Methanol yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Tanjung Kidurong hari ini.

"Acara bersejarah ini tidak hanya signifikan bermula projek methanol mega tetapi menyediakan cabaran kepada kita untuk menyedia loji methanol yang selamat, tepat pada masanya dengan kos yang optimum mengikut spesifikasi dan kualiti," jelasnya.

Samsung Engineering Company Limited (SECL), syarikat EPC bertaraf dunia dengan rakan Sarawak Petchem memberi jaminan loji itu akan diserahkan dalam tempoh 36 bulan apabila dijadual siap pada akhir suku keempat tahun 2022.

Air Liquide Global Engineering and Construction ialah penyedia teknologi.

Projek methanol setakat ini adalah di peringkat fasa dua kajian keupayaan lanjut akan memakan masa tujuh bulan untuk siap.

Projek kejuruteraan dan pembinaan dijangka bermula pada suku kedua 2020 selepas keputusan pelaburan akhir.

Projek ini juga membuka peluang kepada usahawan kecil dan sederhana yang dijana oleh projek methanol dalam masa terdekat.
 

  • oleh
  • Advertisement