Anda di sini

Pelbagai pertandingan untuk pendengar rangkaian radio ASTRO bermula 16 Sept

Advertisement
 Hafiz (tiga kanan, belakang) bersama para penyampai ASTRO Radio bergambar bersama sebagai tanda kenangan.
UNTUK ALBUM: Hafiz (tiga kanan, belakang) bersama para penyampai ASTRO Radio bergambar bersama sebagai tanda kenangan.

KUCHING: Pelbagai pertandingan akan diadakan bermula 16 September ini untuk para pendengar rangkaian radio ASTRO dalam tiga bahasa iaitu ERA Sarawak, MY FM dan HITZ Sarawak.

Pihak ASTRO semasa sesi makan tengah hari bersama media telah mengumumkan semalam bahawa pada 16 September, pendengar setia stesen radio ERA Sarawak boleh menyertai ‘Penauk Banyak Lui’ dan memenangi hadiah wang tunai sehingga RM5,000.

Pihak ERA Sarawak akan menyiarkan video animasi pendek di dalam laman media sosial pihaknya bermula jam 9 pagi yang akan diketuai oleh Mr Penauk dan Ah Boy

Pendengar boleh mendengar lima video setiap minggu bermula Isnin hingga Jumaat dengan 10 segmen pertandingan setiap hari bermula 10 pagi hingga 7 malam.

Jumlah wang tunai RM100 bagi mereka yang berjaya meneka akan dibawa ke esok hari dan digandakan sehingga lagu dapat diteka dengan betul.

Apa Jak Lagu Ya! akan bermula pada 23 hingga 30 September, pendengar berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM300 dengan ‘pool’ bernilai RM12,000 untuk direbut.

Ia bergantung kepada berapa saat lagu tersebut dimainkan iaitu sesaat akan memenangi hadiah RM300, bagi dua saat RM200 dan tiga saat RM100 dengan tekaan yang betul.

Sementara itu, MY FM pula memperkenalkan ‘MY SIBEH Champion’. Sibeh dalam bahasa Mandarin bermaksud ‘terbaik’ merangkumi pertandingan berkaitan makanan.

Ia akan dimulakan dari 16 hingga 23 September dan pihak MY FM Sarawak akan memuat naik gambar makanan rakyat Sarawak seperti laksa Sarawak dan mi kolok.

Pendengar hanya perlu meninggalkan komen paling kreatif dan lokasi restoran yang menghidangkan menu tersebut dan pemenang akan dihubungi oleh pihak stesen radio di sini.

Pada masa yang sama, 10 kedai dan gerai yang terpilih akan dimuat naik di laman sosial media MY FM.

Sementara bermula 30 September hingga 7 Oktober menangi hadiah tunai RM100 ke atas dengan menjadi pemanggil pertama dan mendengar kompilasi lagu daripada empat audio pendek dan meneka tajuk lagu.

HITZ Sarawak pula menyediakan dua tiket untuk ke Konsert Shawn Mendes dan Kuching Waterfront Jazz Festival 2019 masing-masing.

Juga pihaknya menyediakan hadiah wang tunai sehingga RM10,000 untuk dimenangi pada ‘HITZ Treat or Cash’ dan sesi teka-teki bersama penyampainya di sini.

Aplikasi SYOK yang telah dilancarkan ASTRO sejak Julai lepas boleh dimuat naik untuk sentiasa mendapat maklumat terkini konsert, radio ‘live’ artikel, pertandingan, video dan podcast.

Muat naik SYOK menerusi Google Play atau App Store atau menerusi SYOK diatas talian.

Turut hadir Pengurus Besar ASTRO Radio Malaysia Timur Hafiz Nizamuddin dan para penyampai ASTRO Radio iaitu Elya, Afick, Fir (ERA Sarawak), Winson dan Penny (MY Fm Sarawak) serta Kiyoshi dan Yusuf (HITZ Sarawak).

Advertisement