Anda di sini

Mahkamah Persekutuan tolak permohonan semakan NCR Tuai Rumah Sandah, Siew Libau

Advertisement
 

KUCHING: Mahkamah Persekutuan di Putrajaya hari ini dengan empat daripada lima hakim memutuskan keputusan berpihak kepada Kerajaan Negeri dan pemegang pajakan sementara apabila menolak permohonan semakan kehakiman tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) oleh Tuai Rumah Sandah dan Siew Libau.

Keempat-empat hakim dikatakan mengambil pandangan bahawa asas permohonan semakan semula lebih kepada rayuan bukan semakan kehakiman.

Perkara itu dimaklumkan kepada The Borneo Post oleh salah seorang peguam kes berkenaan iaitu Joshua Baru yang juga mengesahkan empat hakim memutus untuk menolak permohonan itu.

“Ringkasan kes mereka (empat hakim) merasakan semakan kehakiman itu lebih kepada rayuan. Oleh itu mereka menolak permohonan itu,” kata Joshua.

Kes semakan semula itu melibatkan dua kawasan itu dengan keluasan keseluruhan 18,000 hektar di Machan-Ngemah.

Pada 27 Mei 2011, Mahkamah Tinggi di Sibu memutuskan Sandah dan komunitinya mempunyai keseluruhan keluasan tanah NCR melebihi 5,639 hektar yang dipajak oleh kerajaan negeri kepada sebuah syarikat.

Manakala bagi kes Siew, sembilan rumah panjang mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat sama.

Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi tetapi selepas itu Mahkamah Persekutuan membatalkan keputusan mereka.

Hakim Tan Sri David Wong Dak Wah, dari Sabah yang pernah berkhidmat sebagai peguam di Sarawak satu-satunya hakim yang berpihak kepada pemohon tanah NCR itu.

Advertisement