Anda di sini

Dera anak tiri: Lelaki ubah pengakuan tidak bersalah 

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan menukar pengakuannya kepada tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan mendera anak perempuan tirinya.

Andri Hamizi Yuan@Antonius, 30, yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, dibawa di hadapan Hakim Azreena Aziz.

Sepatutnya semalam adalah untuk jatuh hukum dan fakta kes dibacakan terhadap tertuduh yang mula didakwa pada 28 Ogos dan mengaku salah.

Tertuduh yang mempunyai hak penjagaan terhadap mangsa berusia lapan tahun, didapati melakukan kesalahan itu pada 29 Jun di perumahan SFI, daerah Sipitang.

Sabit salah atas kesalahan terbabit, denda maksimum RM50,000 atau penjara selama tempoh 20 tahun, atau kedua-duanya sekali.

Oleh itu, mahkamah menetapkan tarikh pengurusan kes pada 10 Oktober dan perbicaraan pada 4 hingga 5 November terhadap tertuduh.

Sehingga menunggu kes selesai, Andri yang tidak diwakili peguam diperintahkan terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

Timbalan Pendakwaraya Nureen Natasha Mohd Raffie melakukan pendakwaan itu.

  • oleh
  • Advertisement