Anda di sini

STA sambut Keputeraan Agong dengan pertandingan tenis suami isteri

 Winnie Jong,  Leslie, Johnson, Jeanne Koh, Regina, McElhon, Audrey Lim dan Christopher Lim.
BEREGU SUAMI ISTERI: Dari kiri: Winnie Jong,  Leslie, Johnson, Jeanne Koh, Regina, McElhon, Audrey Lim dan Christopher Lim.

KOTA KINABALU: Persatuan Tenis Sabah (STA) merayakan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah dengan cara tersendiri.

Presiden STA, Johnson Koh bersama naib presiden, Christopher Lim telah menganjurkan pertandingan beregu melibatkan pasangan suami isteri.

Turut dibawa bersama dalam pertandingan itu ialah bekas ahli jawatankuasa tenis Kelab Golf Sabah, Leslie Jong dan Patrick McElhon dari MM2H serta isteri masing-masing.

Pertandingan diadakan di Sutera Harbour dan dijalankan secara liga satu pusingan.

"Suasana pertandingan sangat baik tetapi lebih lebih kepada untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Pertandingan diakhiri dengan majlis makan malam yang turut disertai setiausaha STA, Tito Latoja," kata Johnson dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, pertandingan itu juga telah memberi ilham kepadanya untuk menganjurkannya setiap bulan.

Johnson juga merancang akan menganjurkan kejohanan sama dalam skala lebih besar pada masa akan datang