Anda di sini

Pelajar HK bentuk rangkaian manusia

Advertisement
 Pelajar sekolah menengah melaungkan slogan ketika membentuk rangkaian manusia bagi mengecam keganasan polis terhadap penunjuk perasaan, selepas pertempuran meletus di daerah Wan Chai, semalam. — Gambar Reuters
LANTANG: Pelajar sekolah menengah melaungkan slogan ketika membentuk rangkaian manusia bagi mengecam keganasan polis terhadap penunjuk perasaan, selepas pertempuran meletus di daerah Wan Chai, semalam. — Gambar Reuters

HONG KONG: Ratusan pelajar sekolah menengah, kebanyakan mereka memakai topeng muka dengan pakaian seragam mereka, membentuk rantaian manusia di beberapa daerah di sekitar Hong Kong semalam sebagai sokongan terhadap penunjuk perasaan antikerajaan selepas satu lagi perbalahan meletus pada hujung minggu di bandar yang diperintah China itu

Beberapa stesen metro ditutup kelmarin berikutan beberapa konfrontasi ganas dan suasana di hab kewangan Asia ini masih tegang.

Kerajaan Hong Kong memberikan amaran kepada anggota perundangan asing agar tidak campur tangan dalam hak ehwal dalaman di bekas koloni British ini selepas ribuan penunjuk perasaan menyeru kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump agar ‘membebaskan’ bandar tersebut.

Media rasmi China semalam menyatakan Hong Kong adalah satu bahagian yang tidak dapat dipisahkan dengan China dan mana-mana bentuk pemisahan akan dibanteras.

Akhbar The China Daily menyatakan rali pada Ahad lepas merupakan bukti bahawa pasukan tentera asing merupakan dalang di sebalik bantahan dan memberikan amaran kepada penunjuk perasaan bahawa mereka seharusnya berhenti menggugat kesabaran kerajaan pusat.

Bantahan selama tiga bulan mengenai rang undang-undang ekstradisi yang ditarik balik telah mencetuskan kesan yang meluas terhadap kerajaan.

Ramai aktivis yang berang terhadap keengganan pemimpin Hong Kong Carrie Lam untuk meluluskan siasatan bebas mengenai tuduhan melibatkan kekejaman polis semasa tunjuk perasaan.

Permintaan lain oleh penunjuk perasaan adalah termasuk penarikan semula perkataan ‘rusuhan’ bagi menyatakan tentang tunjuk perasaan, pembebasan semua mereka yang ditangkap dan hak untuk rakyat Hong Kong  memilih pemimpin mereka sendiri.

Joshua Wong, salah seorang pemimpin pergerakan prodemokrasi ‘Umbrella’ (Payung) hadir di mahkamah semalam kerana melanggar syarat-syarat ikat jamin  selepas penahanannya pada Ogos ketika didakwa kerana menghasut dan terlibat dalam satu perhimpunan yang tidak dibenarkan.

Hong Kong dikembalikan kepada China pada 1997 di bawahg satu formula ‘sebuah negara, dua sistem’ yang menjamin kebebasan yangtidak dinikmati di tanah besar. Ramai penduduk Hong Kong yang bimbang Beijing akan menghakis autonomi tersebut.

China menafikan tuduhan bagi campur tangan dan menyatakan Hong Kong merupakan hal dalaman.
Ia mengecam bantahan, menuduh AS dan Britain menggalakkan keganasan, dan memberikan amaran  tentang kerugian ekonomi.

“AS terus untuk mengawasi keadaan di Hong Kong,” menurut seorang pegawai kanan AS, bercakap dengan syarat dirahsiakan.

“Kebebasan untuk bersuara dan berhimpun merupakan nilai penting yang kita kongsi dengan rakyat  Hong Kong dan kebebasan mereka harus dilindungi sepenuhnya.

“Seperti yang dikatakan oleh Presiden: ‘mereka inginkan demokrasi dan saya fikir kebanyakan orang inginkan demokrasi’.” — Reuters

Advertisement