Anda di sini

Min Yasmin dalam proses akhir keluar album baharu

Advertisement
MIN YASMIN
MIN YASMIN

SELEPAS menghasilkan album berbahasa Suluk, Tagalog dan Sama sebelum ini, Min Yasmin yang terkenal di negara jiran, Filipina, kini sedang dalam proses akhir mengeluarkan album baharu.

Ketika ini, album beliau iaitu 'World On A String' yang memuatkan 18 lagu berbahasa Melayu dan menggunakan Orkestra Live String itu sedang dalam proses akhir mastering.

Katanya, album itu yang sudah 90 peratus siap dijangka akan diedarkan pada akhir tahun ini atau awal tahun hadapan.

Album itu diterbitkan oleh suaminya yang juga komposer, Julfekar Ahmad Shah.

Itu antara perkembangan terbaru Min Yasmin yang baru balik dari mengadakan siri jelajah konsert di 14 lokasi di Filipina.

Untuk rekod, Min Yasmin telah terlibat dengan 17 konsert sejak tahun 2015 sehingga kini dan beliau gembira serta sangat berterima kasih di atas sokongan peminat kepadanya.

"Kalau ada rezeki di Malaysia, saya juga mahu membuat siri jelajah di sini," katanya ketika ditemui media di Sandakan, baru-baru ini.

Buat masa ini, Min Yasmin dan Julfekar memberi tumpuan kepada persiapan albumnya itu selain aktif menerima undangan menyanyi di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

  • oleh
  • Advertisement