Anda di sini

Johannesburg kembali dicengkam keganasan

Advertisement
 Gambar fail 5 September lalu menunjukkan usahawan Nigeria Basil Onibo, salah seorang mangsa serangan xenofobia, hanya mampu melihat kereta-kereta yang hangus di ruang pameran kedai keretanya di Johannesburg. — Gambar Reuters
DISASARI: Gambar fail 5 September lalu menunjukkan usahawan Nigeria Basil Onibo, salah seorang mangsa serangan xenofobia, hanya mampu melihat kereta-kereta yang hangus di ruang pameran kedai keretanya di Johannesburg. — Gambar Reuters

JOHANNESBURG: Sekurang-kurangnya seorang terkorban dan lima orang lagi tercedera di Johannesburg kelmarin, menurut pihak polis, selepas pasukan keselamatan bertembung dengan penjarah dalam kejadian terbaharu keganasan xenofobia.

Bandar terbesar di Afrika Selatan dan kawasan lain telah dilanda peningkatan serangan terhadap perniagaan yang dimiliki pendatang pada minggu lepas, menyebabkan sekurang-kurangnya 10 orang terkorban dan mendesak bantahan daripada beberapa negara Afrika.

Polis rusuhan telah menembak grenad pegun dan peluru getah pada Ahad lepas bagi meleraikan orang awam yang menyasari kedai-kedai di Daerah Perniagaan Utama (CBD) di bandar ini, menurut polis.

“Kami boleh mengesahkan seorang telah dilaporkan meninggal dunia,” jurucakap polis Xlolani Fihla memberitahu AFP.

“Kita tidak dapat mengesahkan punca kematian.”

Lima orang lagi telah dilaporkan tercedera, Kapten Kay Makhubele, pegawai pasukan polis negara, memberitahu berita eNCA.

Polis kemudian menyatakan di dalam Twitter bahawa kawasan kejiranan CBD, Jeppestown dan Hillbrow berada dalam kawalan.

Afrika Selatan merupakan destinasi utama pendatang ekonomi dari negara jiran Lesotho, Mozambique, dan Zimbabwe.

Namun mereka yang datang dari Asia Selatan dan Nigeria turut mencari pekerjaan di ekonomi kedua terbesar di benua ini.

Keganasan terbaharu menjejaskan hubungan di antara Afrika Selatan dan Nigeria, yang mengarahkan wakil Pretoria dan memboikot persidangan ekonomi di Cape Town sebagai tanda bantahan.

Pihak berkuasa menyatakan beberapa buah kedai Nigeria telah diserang dan dibakar, walaupun mereka menyatakan tiada rakyat Nigeria yang terbunuh.

Pekerja asing sering berdepan dengan keganasan anti-pendatang di Afrika Selatan, di mana mereka bersaing dengan penduduk tempatan bagi mendapatkan pekerjaan, terutamanya dalam industri berkemahiran rendah.

Pada 2008, serangan xenofobia mengakibatkan 62 orang terbunuh sementara pada 2015, tujuh terkorban dalam serangan di Johannesburg dan Durban. — AFP

Advertisement