Anda di sini

Jerebu Sarawak: 409 sekolah ditutup di sembilan daerah hari ini

Advertisement
Calon UPSR memakai penutup hidung dan mulut sebelum memasuki sekolah di Kuching, hari ini. - Gambar oleh Muhammad Rais Sanusi
Calon UPSR memakai penutup hidung dan mulut sebelum memasuki sekolah di Kuching, hari ini. - Gambar oleh Muhammad Rais Sanusi

KUCHING: Sebanyak 409 sekolah di sembilan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di negeri ini ditutup hari ini berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara melebihi 200 pada Isnin.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak dalam kenyataan memberitahu, penutupan sekolah itu sekali gus menjejaskan sesi pembelajaran 157,479 pelajar dari 62 sekolah menengah dan 347 sekolah rendah di negeri ini.

Daripada jumlah itu, PPD Padawan mencatat jumlah sekolah tertinggi dengan 101 sekolah ditutup melibatkan 46,572 pelajar dari 15 sekolah menengah dan 86 sekolah rendah

Manakala, PPD Kuching mencatatkan 87 sekolah ditutup melibatkan 60,509 pelajar dari 26 sekolah menengah dan 61 sekolah rendah, diikuti PPD Betong 53 sekolah dengan 14,520 pelajar dari lapan sekolah menengah dan 45 sekolah rendah serta PPD Bau 44 sekolah (11,571 pelajar dari empat sekolah menengah dan 40 sekolah rendah).

Sementara PPD Sri Aman, sebanyak 41 sekolah ditutup (lima sekolah menengah dan 36 sekolah rendah) melibatkan 9,828 pelajar; Lubok Antu 30 sekolah ditutup (dua sekolah menengah dan 28 sekolah rendah) melibatkan 4,943 pelajar dan Lundu 30 sekolah rendah membabikan 3,895 pelajar.

Bagi PPD Serian pula mencatatkan sebanyak 20 sekolah rendah  ditutup melibatkan 2,230 pelajar manakala PPD Samarahan sebanyak tiga sekolah ditutup membabitkan 3,411 pelajar dari dua sekolah menengah dan satu sekolah rendah.

Bagaimanapun,  jabatan itu memaklumkan, peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) berjalan lancar seperti yang dijadualkan meskipun sekolah ditutup akibat jerebu.

Setakat pukul 2 petang ini, bacaan IPU untuk Sri Aman, Kuching, Samarahan adalah pada tahap tidak sihat iaitu 182,138 dan 119.

Layari http://apims.doe.gov.my// untuk maklumat terkini setiap jam bacaan IPU di Sarawak.

Advertisement