Anda di sini

Jerebu: Hanya Sri Aman catat IPU sangat tidak sihat

Advertisement
Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Gita yang menduduki peperiksaan UPSR dilihat menggunakan topeng hidung dan mulut di Kuching hari ini. - Gambar oleh Muhammad Rais Sanusi
Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Gita yang menduduki peperiksaan UPSR dilihat menggunakan topeng hidung dan mulut di Kuching hari ini. - Gambar oleh Muhammad Rais Sanusi

KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sarawak secara keseluruhannya menunjukkan penurunan setakat pukul 8 pagi ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, kualiti udara di kawasan Sri Aman mencatatkan bacaan sangat tidak sihat daripada 219 pukul pada 12 tengah malam tadi kepada 202 pagi ini.

Manakala Kuching yang merekodkan bacaan sangat tidak sihat pukul 12 tengah malam tadi dengan IPU 215 menurun kepada tahap tidak sihat iaitu 167 pada pukul 8 pagi ini.

Satu lagi kawasan mencatatkan IPU tidak sihat ialah Samarahan dengan bacaan 132.

Sementara 10 lagi kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana ialah Sibu (77), SK Baram (69), Mukah (60), Miri (67), Bintulu(67), Samalaju (58), Kapit (63), Limbang (53), Sarikei (77) dan ILP Miri (63)

Bacaan IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memberitahu setakat ini, sebanyak 12 kawasan titik panas dikesan di Sarawak

Manakala titik panas di Kalimanan adalah sebanyak 426 sementara di Sumatera 350. 

Advertisement