Anda di sini

Gempa bumi 5.7 skala Richter gegar Mindanao

Grafik hiasan 

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi berukuran 5.7 pada skala Richter, melanda Mindanao, Filipina pada 1.39 tengah hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan gempa pada kedalaman 10 kilometer itu dilaporkan berlaku pada jarak 108km Tenggara dari Davao, Filipina.

Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama