Anda di sini

Persembahan ‘Pocket Show’ JaPen singgah di UiTM Kota Samarahan

Advertisement
 Antara persembahan Artis Budaya PENTARAMA JaPen Malaysia, Sarawak, di UiTM.
PATRIOTIK: Antara persembahan Artis Budaya PENTARAMA JaPen Malaysia, Sarawak, di UiTM.

KUCHING: Persembahan ‘Pocket Show’ PENTARAMA Jabatan Penerangan (JaPen) Malaysia, Sarawak diadakan di UiTM Kota Samarahan, petang Rabu lepas.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, selain menyaksikan persembahan nyanyian lagu-lagu hiburan dan patriotik, para pengunjung turut berpeluang memenangi hadiah dengan menjawab kuiz-kuiz kene-garaan yang diselitkan pada persembahan yang berlangsung selama hampir dua jam tersebut.

Program tersebut bertujuan bagi mempromosi sambutan Hari Malaysia 2019 yang bakal diadakan di Padang Merdeka, Ku-ching pada 16 September ini melibatkan persembahan Artis Budaya PENTARAMA JaPen Sarawak.

Selain itu, ia memberi fokus kepada isu-isu kebersihan, Rukun Negara, media sosial dan cintakan negara serta meraikan tema Bulan Kebangsaan, ‘Saya-ngi Malaysiaku: Malaysia Bersih’.

Persembahan ‘Pocket Show’ akan diteruskan lagi di beberapa lokasi lain di bandar raya Kuching sehingga 16 September ini.

Advertisement