Anda di sini

Pasar Raya Emart anjur promosi Darlie

 Carmen Chu (dua kiri) dan Jefferson Chua (dua kanan) pengurus jualan Hawley & Hazel Marketing (M) Sdn Bhd, serta kakitangan kedua-dua syarikat dan promoter Pasar Raya Emart mempamerkan produk Darlie serta hadiah percuma.
PROMOSI DARLIE: Carmen Chu (dua kiri) dan Jefferson Chua (dua kanan) pengurus jualan Hawley & Hazel Marketing (M) Sdn Bhd, serta kakitangan kedua-dua syarikat dan promoter Pasar Raya Emart mempamerkan produk Darlie serta hadiah percuma.
 ‘All Shinny White Lime Mint’ dan ‘All Shinny White Charcoal Clean’ dan hadiah percuma yang terdiri daripada balang air untuk setiap pembelian pek berkembar Darlie.
PEK KEMBAR DARLIE: ‘All Shinny White Lime Mint’ dan ‘All Shinny White Charcoal Clean’ dan hadiah percuma yang terdiri daripada balang air untuk setiap pembelian pek berkembar Darlie.

MIRI: Pasar Raya Emart di pusat beli-belah Emart Riam dengan kerjasama TLS Marketing Sdn Bhd dan Hawley & Hazel Marketing (M) Sdn Bhd kini sedang promosi Darlie yang mempamerkan ubat gigi dan berus gigi Darlie.

Menurut Carmen Chu penyelia akaun TLS Marketing Sdn Bhd, produk utama promosi ini ialah pek berkembar Darlie iaitu ubat gigi ‘All Shinny White Lime Mint’ dan ‘All Shinny White Charcoal Clean’ di mana para pelanggan Pasar Raya Emart akan memperoleh hadiah percuma yang terdiri daripada balang air untuk setiap pembelian pek kembar.

Tambah beliau lagi promosi ini juga berlangsung di kesemua Pasar Raya Emart di Miri dan Kuching.

Oleh itu, para pelanggan di Kuching juga akan menikmati harga yang sama dan hadiah percuma, katanya.

Justeru, para pelanggan dinasihati untuk mendapatkan berus gigi dan ubat gigi Darlie di kaunter promosi Darlie di Pasar Raya Emart terdekat mereka.