Anda di sini

Sebabkan kematian,cuba bunuh: Petani ketahui nasib 4 Oktober

Advertisement
 

 

KOTA KINABALU: Seorang petani akan mengetahui nasibnya pada 4 Oktober, atas tuduhan menyebabkan kematian seorang remaja lelaki dan cuba membunuh seorang kanak-kanak perempuan.

Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim membuat keputusan itu semalam terhadap Bujet Otek, 67, selepas kes berkenaan ditutup pada peringkat akhir pendakwaan.

Tertuduh yang diwakili peguam Dato' Rakhbir Singh akan mengetahui pada tarikh itu kelak, sama ada dipanggil membela diri atas dua tuduhan terbabit atau sebaliknya.

Bujet didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian seorang remaja warga asing Juvinrey Sabado, 15.

Hukuman yang diperuntukkan penjara selama tempoh 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Selain itu, tertuduh juga didakwa mengikut Seskyen 307 kanun sama, atas tuduhan cuba membunuh adik mangsa seorang kanak-kanak berusia tiga tahun.

Sabit salah, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh 20 tahun.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan pada 25 Oktober 2017 jam 2.20 petang, di kawasan sawah padi, Kampung Lobok, Kiulu, daerah Tuaran.

Sepanjang perbicaraan kes dijalankan pada peringkat pendakwaan, seramai 18 saksi dipanggil memberikan keterangan.

Sementara itu, mahkamah memerintahkan pihak pendakwaan memfailkan hujahnya pada 13 September dan dibalas pihak pembelaan pada 20 September.

Dalam pada itu, Bujet terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah sehingga kes selesai.

-tamat.

  • oleh
  • Advertisement