Anda di sini

Sabitan kali kelima guna dadah, lelaki dipenjara lima tahun, dua sebat

Advertisement
 

 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan dikenakan penjara lima tahun dan dua sebat, selepas disabitkan buat kali kelima atas kesalahan menggunakan dadah.

Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim menjatuhkan hukuman itu terhadap Kadir Iking, 28, yang tidak diwakili peguam selepas mengaku salah.

Tertuduh didapati positif memasukkan dadah ke dalam badan pada 24 Jun jam 11.30 pagi di pondok polis kawasan Likas, di sini.

Atas kesalahan itu, Kadir didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dibaca bersama Seksyen 39 C (1)(b) akta sama.

Hukuman yang diperuntukkan, penjara antara lima tahun hingga tujuh tahun dan dikenakan tidak melebihi tiga sebat.

Dalam pada itu, mahkamah dimaklumkan bahawa tertuduh pernah disabitkan dengan empat kesalahan menggunakan dadah.

Semasa rayuan, Kadir memohon supaya pemenjaraannya berjalan serentak dengan tempoh hukuman bagi kesalahan memiliki dadah.

"Saya ada tanggungan di luar dan ibu bapa saya juga sudah tiada," katanya dengan tenang.

Namun Timbalan Pendakwaraya Nur Faezah Jafry menegaskan hukuman berat harus dijatuhkan kerana tertuduh seorang pesalah berulang.

Mahkamah memerintahkan tempoh pemenjaraan tertuduh dikira dari tarikh tangkap, setelah itu dikenakan dua tahun pengawasan polis.

-tamat.

  • oleh
  • Advertisement