Anda di sini

Pemeriksaan ‘Anlene Move Check’ di Everwin Jalan Pahlawan, Sibu

Advertisement
 (Dari kiri) Yong, Fong, Lee, Tang serta kakitangan pemasaran dan jualan produk Anlene menunjukkan produk yang dipamerkan pada jerayawara pemeriksaan Anlene Move Check di Everwin Jalan Pahlawan di Sibu semalam.
DAPATKAN SEGERA: (Dari kiri) Yong, Fong, Lee, Tang serta kakitangan pemasaran dan jualan produk Anlene menunjukkan produk yang dipamerkan pada jerayawara pemeriksaan Anlene Move Check di Everwin Jalan Pahlawan di Sibu semalam.

SIBU: Fonterra Brands Malaysia menganjurkan jerayarawa pemeriksaan ‘Anlene Move Check’ secara percuma di Everwin Jalan Pahlawan (Bus Terminal Sibu) bermula 6 hingga 8 September ini.

Menerusi kenyataan media, ia adalah salah satu usaha Fonterra Brands Malaysia untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia tentang kepentingan menjaga kesihatan jantung dan pergerakan yang baik.

Pemeriksaan Anlene Move Check adalah salah satu inisiatif baharu oleh Anlene untuk membantu rakyat Malaysia dalam mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat untuk mengekalkan kesihatan jantung dan pergerakan yang baik.

Ianya direka secara saintifik untuk membantu menilai aspek penting pergerakan, kekuatan dan keseimbangan badan kesihatan tulang dan kini juga mempunyai ukuran untuk menilai indikator kesihatan jantung.

Dalam pemeriksaan Anlene Wellness Check, indikator kesihatan jantung dinilai melalui ukur lilit pinggang.

Penilaian ini merupakan cara pantas dan senang untuk memberi gambaran mengenai kandungan lemak abdominal dimana ukur lilit pinggang yang lebih lebar mungkin menyumbang kepada ‘3 serangkai’ yang akan meningkatkan risiko terhadap penyakit jantung.

Kemudian, pemeriksaan kesihatan tulang akan dijalankan untuk menentukan status kesihatan tulang dan pemeriksaan pergerakan turut dijalankan untuk menilai status fleksibiliti para pengguna.

Selepas itu, penasihat Anlene akan berkongsi tip-tip pemakanan dan gaya hidup sihat dengan pengguna, supaya mereka dapat mengambil langkah-langkah yang bersesuaian dalam mejaga kesihatan jantung, tulang, sendi dan otot untuk pergerakan harian.

Dengan setiap pembelian Anlene Gold akan mendapat tuala serbaguna percuma atau Themos percuma diberi dengan jumlah pembelian RM120 dan ke atas.

Jerayawara pemeriksaan Anlene Move Check di Everwin Jalan Pahlawan dibuka kepada orang ramai selama tiga hari dari jam 9 pagi hingga 9 malam.

Hadir sama ialah Penolong Pengurus Jualan Choon Hua Trading Corporation (Sarawak) Sdn Bhd Lee Jin Fei, eksekutif jualan Yong Hua Yew dan Amy Tang serta Pengurus Kanan Everwin Fong Joon Siong.

Advertisement