Anda di sini

Dr Mahathir dan Putin bincang perkukuh hubungan dua hala

Advertisement
 Dr Mahathir (kiri) bersama Putin ketika mesyuarat dua hala antara kedua-dua negara sempena Forum Ekonomi Timur (EEF) kelima, semalam. — Gambar Bernama
BERTENTANG MATA: Dr Mahathir (kiri) bersama Putin ketika mesyuarat dua hala antara kedua-dua negara sempena Forum Ekonomi Timur (EEF) kelima, semalam. — Gambar Bernama

VLADIVOSTOK (Rusia): Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden  Rusia Vladimir Putin mengadakan mesyuarat dua hala di luar acara Forum Ekonomi Timur  (EES) bagi membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Dalam perbincangan selama 30 minit di bandar pelabuhan menghadap Golden Horn Bay dekat sempadan China dan Korea Utara itu, kedua-dua pemimpin turut membincangkan isu perdagangan dan inovasi.

Mahathir dan Putin sebelum ini bertemu di luar sidang kemuncak Asia Tmur di Singapura tahun lepas.

EES yang ditubuhkan oleh dekri Putin pada 2015 untuk menyokong pembangunan ekonomi Timur Jauh Rusia, berlangsung antara 4 dan 6 September, 2019 di kampus Far Eastern Federal University (FEFU).

Penganjur program, Roscongress Fundation, memetik Putin sebagai berkata bahawa pembangunan Timur Jauh Rusia, termasuk memperkukuh ekonomi dan potensinya dalam inovasi, selain meningkatkan taraf hidup penduduknya, merupakan keutamaan negara yang tidak dapat dipertikaikan. — Bernama

Advertisement