Anda di sini

Syarikat perabot didenda RM12,000

Advertisement

KOTA KINABALU: Mahkamah Majistret di sini semalam, mengenakan denda sebanyak RM12,000 terhadap sebuah syarikat perabot, kerana gagal menyediakan prosedur kerja-kerja selamat sehingga mengakibatkan seorang pekerjanya maut.

Majistret Jessica Ombou Kakayun membuat keputusan itu terhadap Syarikat Perniagaan Perabot Nuri Sdn Bhd , selepas pengarahnya mengaku bersalah.

Sebagai majikan, syarikat terbabit didapati tidak menyediakan prosedur kerja-kerja selamat memasang kain rentang, sehingga menyebabkan Azhar Alih, 22, mengalami kemalangan maut.

Kemalangan berkenaan berlaku pada 20 Oktober tahun lalu di premis syarikat berkenaan di Jalan Tuaran, Kampung Tebobon, Manggatal.

Syarikat terbabit didakwa mengikut Seksyen 15 (1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dihukum mengikut Seksyen 19 akta sama.

Hukuman yang diperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara selama dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Semasa rayuan peguam Ram Singh berkata, ini adalah kesalahan pertama syarikat terbabit dan sangat menyesal dengan kejadian yang sudah berlaku.

Tambahnya, syarikat juga ada membayar pampasan sebanyak RM32,700 serta menanggung perbelanjaan pengkebumian.

Sementara itu pegawai pendakwa dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) menyatakan, syarikat terbabit sudah mengambil langkah-langkah penambahbaikan.

Bagaimanapun hukuman yang setimpal harus dijatuhkan supaya menjadi pengajaran kepada syarikat lain agar mementingkan aspek keselamatan pekerja.

  • oleh
  • Advertisement