Anda di sini

Saham Dayang Enterprise naik susulan raih kontrak Petronas Carigali

Advertisement

KUALA LUMPUR: Saham-saham Dayang Enterprise Holdings Bhd di Bursa Malaysia diniagakan lebih tinggi pada awal dagangan semalam selepas syarikat minyak dan gas itu dilaporkan mendapat kontrak Petronas Carigali Sdn Bhd.

Pada 9.46 pagi ini, kaunter syarikat itu naik dua sen kepada RM1.38 dengan sejumlah 2.84 juta saham saling berpindah tangan.

Syarikat itu menerusi laporan media semalam, menyatakan kejayaan mendapat kontrak selama 15 bulan yang diperoleh menerusi anak syarikat milik penuhnya Dayang Enterprise Sdn Bhd untuk penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan utama, penyambungan dan perkhidmatan bagi pihak Petronas Carigali di Semenanjung Malaysia.

Menurut Dayang, kontrak berkenaan yang tamat pada 15 Nov, 2020, dijangka menyumbang secara positif terhadap pendapatan kumpulan itu sepanjang tempoh pelaksanaan kontrak tersebut. — Bernama

Advertisement