Anda di sini

Hari Parkson Kad adakan promosi jualan eksklusif berfokus

 Hari Parkson Kad menampilkan promosi jualan eksklusif yang memberi fokus kepada bahagian yang terpilih setiap bulan.
PROMOSI: Hari Parkson Kad menampilkan promosi jualan eksklusif yang memberi fokus kepada bahagian yang terpilih setiap bulan.

KUCHING: Promosi jualan bulanan eksklusif untuk Ahli Parkson Kad kini kembali mulai 6 hingga 9 September ini dengan menumpukan produk-produk untuk bayi.

Menurut kenyataan medianya, Hari Parkson Kad merupakan promosi jualan eksklusif yang memberi fokus kepada bahagian yang terpilih setiap bulan.

Katanya, barangan itu termasuk untuk wanita dan lelaki, barangan rumah dan kanak-kanak untuk alat mainan dan alat tulis serta banyak banyak lagi yang disediakan khas untuk Ahli Parkson Kad.

“Di Parkson, pelanggan boleh menemui segala keperluan gaya hidup untuk anda dan seisi keluarga semuanya di bawah satu bumbung.

“Inilah gedung ‘beli-belah sehenti’  yang sebenar untuk kemudahan anda,” kata kenyataan media itu semalam.

Untuk menambah kemeriahan Hari Parkson Kad, 10 ahli  yang bertuah berpeluang memenangi 5,000 APV bernilai minimum RM50 Baucar Diskaun Parkson Kad setiap ahli dengan hanya membuat pembelian sebanyak RM100 sepanjang promosi selama tiga hari ini

“Bukan itu sahaja, setiap suku tahun, seorang ahli bertuah akan berpeluang memenangi dua tiket untuk melancong ke Hanoi dengan hanya berbelanja minimum RM150 pada setiap Hari Parkson Kad iaitu pada bulan Julai, Ogos dan September,” tambah kenyataan itu

Sehubungan itu, katanya, orang ramai yang ingin menjadi Ahli Parkson Kad boleh membuat pendaftaran sekaranag di gedung Parkson berhampiran atau menerusi laman web Parkson Malaysia di www.parkson.com.my untuk mula menikmati gaya hidup yang penuh dengan keistimewaan eksklusif dan penjimatan.