Anda di sini

60 pelajar sertai Perkhemahan Ujian Lencana Usaha 2019

Advertisement
 Nourhazwan mengabadikan kenangan bersama barisan urusetia. Turut kelihatan Mohd Rizalmi, Sofie dan Cikgu Rezza selaku pemimpin kumpulan.
ALBUM: Nourhazwan mengabadikan kenangan bersama barisan urusetia. Turut kelihatan Mohd Rizalmi, Sofie dan Cikgu Rezza selaku pemimpin kumpulan.
 Para peserta Perkhemahan Lencana Usaha Daerah Sibuga 2019.
KENANGAN: Para peserta Perkhemahan Lencana Usaha Daerah Sibuga 2019.

SANDAKAN: Seramai 60 pelajar dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Mohammad Fuad Stephens dan SMK Perempuan Sandakan menjayakan Perkhemahan Ujian Lencana Usaha 2019 yang berlangsung selama tiga hari, bermula 30 Ogos lepas.

Peserta terdiri 30 dari MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens dan 30 lagi dari SMK Perempuan.

Program itu dianjurkan oleh MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah (PPMCS) Daerah Sibuga.

Pesuruhjaya Kawasan Zon 1 Sandakan Nourhazwan Datuk Dr Awang Zaini mengucapkan tahniah kepada MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens kerana berjaya menganjurkan perkhemahan berkenaan.

Beliau berkata, Majlis Pesuruhjaya Daerah Sibuga sentiasa komited dalam menghulurkan bantuan kepada mana-mana sekolah di bawah daerah Sibuga untuk melaksanakan apa-apa program berkaitan pengakap sama ada untuk pengujian lencana atau pun program lain.

"Saya melihat potensi yang ada pada semua peserta yang mana semangat yang ditunjukkan di sepanjang program amatlah membanggakan," katanya ketika merasmikan Perkhemahan Ujian Lencana Usaha 2019 di MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens Sandakan, baru-baru ini.

Katanya, di bawah kepimpinan Pesuruhjaya Daerah Sibuga yang baharu, Mohd Sofiee Ag Basrih, mampu melahirkan pengakap raja secara berterusan dan rekod sebelum ini tiga tahun berturut-turut sentiasa memberi impak positif KEPADA pelajar MRSM dan terus melahirkan lebih banyak calon pengakap raja pada masa akan datang, bukan sekadar pada pelajar MRSM malah pada sekolah-sekolah sekitar daerah Sibuga.

"Kejayaan ini perlu dijadikan satu dorongan dan galakan kepada pengakap lain supaya terus meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam kepengakapan.

"Tidak ketinggalan penglibatan sebegini tidak hanya tertumpu kepada ahli pengakap saja malah para pemimpin sekolah juga perlu dalam usaha memperkasakan pergerakan pengakap di sekolah," katanya.

Menurutnya, kemantapan pasukan menjamin kecemerlangan pengerakan kerana pemimpin pengakap menjalankan tanggungjawab sosial yang besar kepada pasukan pengakap di sekolah, yang sekali gus pergerakan di peringkat daerah juga negeri dapat membentuk keperibadian generasi masa depan yang baik.

Turut hadir, Pengetua MRSM Mohd Rizalmi Dahaman, Timbalan Pengetua Mohd Ali Mohd Yusof dan Penolong Kanan Kokurikulum SMK Perempuan Zain Jalil.

 

  • oleh
  • Advertisement