Anda di sini

Sambutan Bulan Kebangsaan SK Bandar Sibu No.3 meriah

Advertisement
 Peserta pertunjukan kostum bertemakan merdeka menujukkan gaya masing-masing ketika di atas pentas. — Gambar Irwanshah
MENGUJAKAN: Peserta pertunjukan kostum bertemakan merdeka menujukkan gaya masing-masing ketika di atas pentas. — Gambar Irwanshah

PROGRAM sambutan Bulan Kebangsaan Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Sibu No.3 di Sibu berlangsung meriah dengan kibaran bendera Jalur Gemilang.

Ia dimeriahkan lagi dengan Majlis Perhimpunan Ambang Kemerdekaan Peringkat Sekolah Ke-62 baru-baru ini, apabila dihadiri kira-kira 500 ibu bapa, guru dan murid sekolah.

Bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan ini, pelbagai aktiviti diadakan bagi membangkitkan semangat patriotik dan rasa cinta kepada negara.

Antara aktiviti yang diadakan ialah perarakan kemerdekaan, deklamasi sajak, tarian kebudayaan, persembahan Pusak Itam Buskers, pameran basikal berhias dan lain-lain lagi.

 Pengacara majlis Nusyirwan Adil Jamali atau Irwanshah merakam gambar kenangan bersama salah seorang peserta pertunjukan kostum bertemakan merdeka.
KREATIF: Pengacara majlis Nusyirwan Adil Jamali atau Irwanshah merakam gambar kenangan bersama salah seorang peserta pertunjukan kostum bertemakan merdeka.

Acara yang mendapat perhatian ialah pertunjukan kostum bertemakan merdeka yang disertai 33 murid SK Bandar Sibu No.3

Pertunjukan ini menyaksikan para peserta mengenakan busana yang bertemakan Jalur Gemilang hasil kreativiti sendiri.

Acara-acara yang diadakan ini bertujuan untuk melahirkan warga sekolah yang terdiri daripada guru-guru, murid dan kakitangan sokongan yang menghayati kemerdekaan negara tercinta.

Selain itu, ia dapat memupuk semangat patriotisme dan perasaan bangga menjadi rakyat Malaysia dalam kalangan murid.

  • oleh
  • Advertisement