Anda di sini

Ta Ann jayakan maraton mini bersama 370 peserta

Advertisement
 Simon (kiri) minum ucap selamat sebagai merai pemenang bagi kategori Ta Ann lelaki terbuka 21KM, sementara Ngie berada dua kiri.
KAMI JUARA: Simon (kiri) minum ucap selamat sebagai merai pemenang bagi kategori Ta Ann lelaki terbuka 21KM, sementara Ngie berada dua kiri.

SIBU: Hii Yii Puong dan Tho Siaw Khim mengungguli kategori terbuka 21 kilometer (KM) pada acara ‘Ta Ann Half Marathon 2019’ yang diadakan di Taman Rimba Bukit Lima, kelmarin.

Yii menamatkan larian dengan catatan masa 1 jam 27 minit 30 saat mengatasi pesaingnya Mahmud Abdul Jalil dengan catatan 01’27.57s manakala Wong Chii Kai dengan rekod 01’30.14s untuk berada di kedudukan ketiga.

Sementara itu, Siaw yang menjadi juara dalam kategori wanita menamatkan larian dengan masa 01’36.45s diikuti Ling Mee Eng dengan masa 01’41.56s dan Lee Leh Ha di kedudukan ketiga dengan masa 01’45.55s.

Kategori Ta Ann lelaki terbuka 21 KM pula menjadi milik Wong Ngie Kiong dengan catatan masa 01’58’41s manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi Kong Pang Siong (02’04.47s) dan Stanley Wong (02’05.21s).

 Kuo (kiri) menyampaikan hadiah kepada Siaw yang muncul juara bagi kategori wanita terbuka 21KM.
TERBAIK: Kuo (kiri) menyampaikan hadiah kepada Siaw yang muncul juara bagi kategori wanita terbuka 21KM.

Bagi kategori perempuan, tempat pertama dimenangi Grace Mo Ping Ping dengan masa 02’13.23s, diikuti Judy Lau Puong Ai (02’20.16s) dan Theng Fung Lin (02’33.43s) di tempat ketiga.

Untuk kategori terbuka veteran 21KM, juara masing-masing Tiong Lai Yio dan Lau Kiu Ee dengan catatan masa 01’45.46s (Lai) dan 02’20.33s (Kiu).

Tempat kedua dan ketiga untuk lelaki masing-masing dimenangi Patrick Yek Bok Ngieng dengan catatan 02’09.08s manakala Wong Sing Huo dengan rekod 02’17.07s.

Kong Shaw Mey dengan masa 03’20.26s dan Datin Tiong Sie Hin dengan masa 03’27.14s berada di kedudukan kedua dan ketiga untuk kategori wanita.

Turut diadakan adalah penyampaian anugerah Kasut Pua Chu Kang yang dimenangi oleh Catherine Toal dan James Yap Yick Ann.

 

Majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ta Ann Datuk Wong Kuo Hea, Pengarah Eksekutif Ta Ann Holdings Berhad Simon Wong Siik Onn dan Ketua Perhubungan Awam Ta Ann Holdings Berhad Grace Mo Ping Ping.

Selain hidangan yang lazat, majlis turut dimeriahkan dengan persembahan karaoke daripada peserta maraton.

‘Ta Ann Half Marathon 2019’ yang merupakan acara dwitahunan anjuran Ta Ann Holdings Berhad telah mengumpul 370 peserta dalam dan luar negara.

Selain peserta dari Sibu dan kakitangan Ta Ann, para peserta turut datang dari Jepun, Kuala Lumpur, Bintulu, Miri dan Kuching.

  • oleh
  • Advertisement