Anda di sini

KMJG singgah di Kota Kinabalu

Advertisement
 Antara hadirin yang sempat merakamkan gambar di ruang legar UTC.
KENANGAN: Antara hadirin yang sempat merakamkan gambar di ruang legar UTC.

KOTA KINABALU: Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) Sabah yang meneruskan perjalanan dari Tambunan ke Wisma Pusat Transformasi Bandar Sabah (UTC) Kota Kinabalu, tiba di sini pada petang Isnin.

Ketibaan konvoi disambut meriah oleh pelbagai agensi kerajaan antaranya Perbadanan Pinjaman Sabah (SCC), TM Point, Kementerian Belia Sukan Sabah (KBS), Yayasan Sabah, Ar-Rahnu (YaPEIM) dan Jabatan Pembangunan Wanita dan Pertubuhan Warga Emas UTC.

Pusat Maklumat Rakyat Japen Sabah bertindak sebagai agensi peneraju dalam usaha menyemarakkan kempen kibar Jalur Gemilang kepada semua agensi di UTC berkenaan.

Pada program, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan dan Kewangan Patrick Laing Ngau selaku ketua konvoi menyerahkan Jalur Gemilang kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Likas Tan Lee Fatt.

Hadir sama ialah Pengarah Penerangan Sabah Norzawiyah Bulka, Adun Dilantik Ronnie Loh, Ketua Jabatan UTC Sabah Zahir Ridwan dan Pengarah Biro Pengaduan Awam Sabah Clarence Runggi.

Advertisement