Anda di sini

PPR Kionsom dijangka siap pada 2020

Advertisement
 Zuraida (kanan) semasa menerangkan perihal PPR Kionsom kepada media.
PERINCI: Zuraida (kanan) semasa menerangkan perihal PPR Kionsom kepada media.

KOTA KINABALU: Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kionsom Inanam dijangka siap sepenuhnya menjelang 2020.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata pihak pemaju penyelamat kini sudah mengambil alih projek terbabit bagaimanapun terdapat sedikit masalah teknikal yang perlu diselesaikan.

"Apabila pihak pemaju ingin mendapatkan barang gantian, mereka tidak dapat memenuhi kriteria baharu yang ditetapkan oleh pihak berkuasa pada masa ini.

"Oleh kerana projek berkenaan sudah bermula sejak 10 tahun lalu, maka polisi yang ditetapkan pada masa permulaan projek adalah tidak sama dengan polisi sekarang termasuklah berkaitan isu sirim dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata pihaknya sudah meminta pengecualian agar polisi yang sama seperti spesifikasi sebelum ini diselaraskan untuk memastikan pembaikan serta penggantian barangan dapat dilaksanakan.

Tambahnya, PPR yang mempunyai 500 unit itu dijangka siap menjelang 2020 dengan menggunakan bajet sebanyak RM12 juta yang diperuntukkan kepada pihak pemaju dengan mengekalkan pemilik rumah yang sudah membuat pendaftaran sebelum ini.

Sementara itu, pihaknya sudah meluluskan 30 kawasan perumahan yang akan ditukarkan kepada bentuk sewaan dan disebabkan Sabah mempunyai undang-undang tersendiri, maka satu bengkel bagi menyelaraskan aktiviti, peruntukan serta projek perumahan akan diadakan awal September depan bagi membincangkan perkara terbabit.

  • oleh
  • Advertisement