Anda di sini

Kuching Marathon 2019 catat rekod penyertaan

Advertisement
 Para pemenang bergambar beramai-ramai bersama Abang Wahap (lima kanan) dan tetamu lain. — Gambar Muhammad Rais Sanusi
TAHNIAH: Para pemenang bergambar beramai-ramai bersama Abang Wahap (lima kanan) dan tetamu lain. — Gambar Muhammad Rais Sanusi

HUJAN lebat tidak menghalang kemeriahan temasya larian bertaraf dunia, Kuching Marathon 2019 (KM2019) yang diadakan pada 18 Ogos lepas di Padang Merdeka, Kuching.

Edisi memasuki tahun keenam penganjurannya mencatat sejarah tersendiri menyaksikan seramai 10,681 peserta dari dalam dan luar negara mengambil bahagian.

Ia mempertandingkan tiga larian kompetitif 42km, 21km, 10km dan larian santai 5km yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM100,000 kepada para pemenang.

 

Sambutan kali ini amat menggalakkan dengan lebih 1,000 peserta dari negara luar mengambil bahagian iaitu Australia, New Zealand, Brunei, Kanada, China, Jerman, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Kenya, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand, United Kingdom, Amerika Syarikat, Vietnam, Belanda dan Yaman.

Pelari Sarawak berjumlah 7,345 diikuti Sabah dengan 829, 219 dari Johor, 527 dari Selangor dan 366 mewakili Kuala Lumpur.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah melepaskan larian utama 42km pada jam 1 pagi disusuli pelepasan peserta 21km pada jam 4 pagi oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen.

 

Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai melepaskan larian 10km jam 5.30 pagi diikuti pelepasan peserta 5km oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Isuzu Malaysia, Masayuki Suzuki pada jam 6.30 pagi.

Seperti edisi sebelumnya, para peserta melalui laluan yang memperlihatkan pelbagai mercu tanda dan tinggalan warisan di sekitar bandar raya Kuching seperti Kubu Margherita, Bangunan Dewan Undangan Negeri, Muzium Baharu, kawasan kedai lama di Jalan Padungan dan banyak lagi.

  • oleh
  • Advertisement