Anda di sini

Konvoi KMJG gerakkan fungsi, peranan Jabatan Penerangan Malaysia

Advertisement
 Razif (kiri) menyerahkan Jalur Gemilang kepada Asgali (tengah) dan Vivian.
SERAH: Razif (kiri) menyerahkan Jalur Gemilang kepada Asgali (tengah) dan Vivian.

SANDAKAN: Usaha Jabatan Penerangan (JaPen) dalam penganjuran Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Negeri Sabah 2019 dilihat mampu menggerakkan fungsi dan peranan jabatan tersebut kepada masyarakat.

Menurut Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Ariffin Asgali, program konvoi KMJG berupaya menjadi platform untuk melebarluaskan pemasaran maklumat mengenai dasar serta pembangunan yang sedang dan telah dilaksanakan kerajaan.

Katanya, usaha pemasaran maklumat tentang konsep kenegaraan ini juga sudah tepat pada masanya.

"Perkara ini sepatutnya sudah mendapat tempat agar rakyat terutama generasi baharu dapat berkongsi maklumat yang sahih serta bebas dari penolakan atau penafian terhadap maklumat negara sendiri.

"Ini terutama sekali tentang kemerdekaan negara yang dicapai sejak tahun 1957," ujarnya ketika berucap merasmikan Program Merdeka@Komuniti DUN dan Merdeka @ Komuniti Daerah serta Pelepasan Konvoi KMJG di sini, pada Jumaat.

Pada majlis itu, konvoi KMJG dilepaskan oleh Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee dan meneruskan perjalanan ke SMK Muhibah Kinabatangan untuk acara sambutan kemerdekaan dan edaran Jalur Gemilang.

 Vivian (dua dari kiri) membuat flag off konvoi KMJG JaPen Sabah.
FLAG OFF: Vivian (dua dari kiri) membuat flag off konvoi KMJG JaPen Sabah.

Seterusnya, konvoi singgah di Dataran Kinabatangan untuk acara sambutan dan penyerahan Jalur Gemilang kepada Pegawai Daerah Kinabatangan Maddinin Jemin oleh Ketua Konvoi Razif Che Hashim, sebelum meneruskan ke Daerah Lahad Datu.

Turut diedarkan risalah mengenai jenama perkhidmatan tv dan radio digital percuma, myFreeview oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).-Penerangan.

  • oleh
  • Advertisement