Anda di sini

Kabinet Negeri Sarawak dirombak berkuat kuasa hari ini

Advertisement
Abang Johari pada sidang media mengumumkan rombakan kabinet negeri, hari ini.

KUCHIING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini mengumumkan rombakan kabinet negeri yang antara lain menyaksikan Datuk Amar Douglas Uggah Embas dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua menggantikan Dato Sri Wong Soon Koh.

Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri kekal sebagai Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah.

Soon Koh mengumumkan peletakkan jawatan pada 15 Julai lalu sebagai Menteri Kewangan Kedua dan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan E-Perdagangan.

(kemas kini di sini)

Abang Johari pada sidang media di sini berkata barisan baharu kabinet negeri itu seiring dengan usaha Sarawak menjadi negeri maju pada 2030.

"Barisan kabinet baharu ini seiring dengan penekanan kerajaan negeri ke atas lima bidang iaitu meningkatkan aktiviti eksport dan import, kedua merancakkan lagi minyak dan gas, ketiga memodenkan sektor pertanian, keempat pembaharuan bandar dan pengangkutan dan kelima memajukan Pelancongan," katanya.
 
Dalam barisan kabinet yang baharu itu  Datuk Lee Kim Shin dilantik Menteri Pengangkutan, portfolio baharu yang diwujudkan.

Datuk Sebastian Ting pula dilantik sebagai Menteri Muda Pelancongan, Kesenian Dan Kebudayaan yang baharu portfolio yang sebelum ini dipegang Lee Kim Shin.

Rombakan kabinet kali ini juga memperlihatkan beberapa kementerian baharu diwujudkan iaitu Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pembangungan Infrastruktur Dan Pelabuhan dengan Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing menerajui kementerian itu.

Satu lagi kementerian baharu diwujudkan ialah Kementerian Perdagangan dan Perindustrian, Perindustrian Terminal dan Pembangungan Keusahawanan dengan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan sebagai Menteri.

Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan pula dibahagikan kepada iaitu Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan dan Kementerian Belia dan Sukan.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dilantik sebagai menteri kepada kedua-dua kementerian itu.

Abdullah Saidol kini dilantik Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak).

Manakala menteri dan menteri muda yang lain kekal dengan portfolio yang masing-masing.
 

  • oleh
  • Advertisement