Anda di sini

Slogan 'Sabah for Sabahan' tiada sentimen kenegerian

Advertisement
SHAFIE APDAL
SHAFIE APDAL

KOTA KINABALU: Slogan 'Sabah for Sabahan' yang juga menjadi salah satu slogan Parti Warisan Sabah (Warisan) bukan membawa maksud sentimen yang terlalu kenegerian.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, slogan berkenaan juga tidak bermaksud penduduk negeri lain tidak boleh memasuki Sabah.

"Cuma itu salah satu slogan yang kita laungkan bahawa rakyat Sabah tahu hak-hak mereka seperti dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

"Ia tidak ada pengertian lain yang menunjukkan kita terlalu kenegerian dari segi pendekatan seperti ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis Pelancaran Buku "Curry Leaves' yang dihasilkan isterinya Datin Seri Panglima Shuryani Shuaib di sini semalam.

Majlis pelancaran buku berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew.

Shafie berkata, negeri-negeri lain juga ada menggunakan slogan yang sama seperti 'Terengganu untuk Terengganu' atau Johor untuk Johor'.

Sehubungan itu jelasnya, tidak ada persoalan berbangkit mengenai penggunaan slogan berkenaan.

Katanya, apa yang Sabah mahukan supaya bukan hanya rakyat Malaysia lain perlu bantu Sabah, tetapi orang Sabah sendiri perlu bantu orang Sabah.

  • oleh
  • Advertisement