Anda di sini

SKF anjur Pertandingan Kempen Kitar Semula 2019

Advertisement
 Lau (tiga kanan), Ivy (dua kanan) dan kakitangan SKF berdiri menunjukkan mesin HDF yang sedang digunakan salah seorang pesakit yang mendapatkan rawatan dialisis di SKF, semalam.
MESIN BAHARU: Lau (tiga kanan), Ivy (dua kanan) dan kakitangan SKF berdiri menunjukkan mesin HDF yang sedang digunakan salah seorang pesakit yang mendapatkan rawatan dialisis di SKF, semalam.

SIBU: Dalam usaha untuk memberi perkhidmatan terbaik dan selesa kepada pesakitnya, Yayasan Buah Pinggang Sibu (SKF) meng-anjurkan Pertandingan Kempen Kitar Semula 2019 yang bertujuan mengutip dana untuk membantu pembelian mesin dialisis baharu, HDF (Haemodiafiltration).

Pengerusinya Temenggung Datuk Vincent Lau Lee Ming berkata, menerusi kempen yang bermula September 2019 hingga Ogos 2020 itu, mereka menyasarkan kutipan sebanyak RM70,000.

“SKF dalam proses menukar semua mesin dialisis lama jenis HD kepada mesin baharu berteknologi terkini jenis HDF dalam usaha memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pesakit buah pinggang yang mendapatkan rawatan di sini.

“Harga untuk seunit HDF ialah RM76,000 hingga RM80,000, berbanding me-sin dialisis HD yang berharga RM40,000 hingga RM50,000 seunit.

“Walaupun harga mesin dialisis HD lebih murah berbanding HDF, namun pesakit kelihatan lebih selesa dengan mesin HDF, malah pekerja kita juga mudah untuk mengendalikannya,” jelasnya pada sidang media di SKF, semalam.

Menurut Lau, Pertandi-ngan Kempen Kitar Semula 2019 terbuka kepada dua kategori iaitu kategori terbuka dan kategori pendidikan.

“Kategori terbuka untuk persatuan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), badan keagamaan, sektor swasta dan agensi serta jabatan kerajaan.

“Manakala kategori pendidikan untuk tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan kolej,” ujarnya.

Beliau turut memberitahu bahawa objektif lain penganjuran pertandingan adalah untuk mewujudkan kesedaran kepada orang ramai akan kepentingan menjaga dan memelihara alam sekitar.

“Pada penganjuran 2017, kita telah menerima 40 pe-nyertaan daripada pelbagai organisasi di mana 31 pe-nyertaan terdiri daripada persatuan, badan keagamaan, sektor awam dan agensi ke-rajaan.

“Bagi tahun ini, kita mengharapkan penyertaan lebih banyak bagi kategori pendidikan kerana penganjuran lalu kita hanya menerima sebanyak sembilan penyerta-an,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap orang ramai dapat menyokong usaha murni ini untuk membantu SKF yang merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang tidak berasaskan keuntungan dan memerlukan bantuan serta sokongan orang ramai untuk meneruskan operasi.

Tambah Lau, antara bara-ngan yang boleh dihantar untuk program itu termasuk surat khabar lama, barangan plastik, buku lama, tin aluminium, kertas, kotak, bekas menyimpan telur, bateri dan logam.

“Orang ramai yang ingin menghantar barangan kitar semula perlu mengasingkan barangan mengikut kategori masing-masing bagi memudahkan proses penjualan barangan kitar semula itu,” katanya.

Untuk sebarang perta-nyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi SKF di talian 084-343500 atau datang sendiri ke SKF di alamat No.6, Jalan Chong Jin Bock.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Pengurus SKF Ivy Lau.

Advertisement