Anda di sini

Rebut peluang dalam industri halal

Advertisement
 Azhar (tengah) melawat salah sebuah pameran yang disediakan.
LAWAT: Azhar (tengah) melawat salah sebuah pameran yang disediakan.

KOTA KINABALU: Usahawan tempatan diseru untuk tidak melepaskan peluang dalam industri halal di negara ini.

Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian Azhar Matussin berkata, usahawan tempatan akan diberikan maklumat terkini berkenaan peluang pasaran industri halal negara.

"Negeri Sabah mempunyai kelebihan dan kecemerlangan dalam industri halal Malaysia terutamanya dalam sektor pelancongan.

"Oleh itu, saya menyeru usahawan tempatan agar tidak melepaskan peluang ini kerana kerajaan amat komited untuk menyediakan saluran dan platform kepada mereka.

"Saya juga berharap usahawan tempatan dapat mendaftarkan diri dalam latihan-latihan industri halal yang komprehensif sepanjang program ini berlangsung," ujarnya.

Tambah Azhar, industri halal juga mampu meningkatkan produktiviti, menambahkan kesejahteraan sosio-ekonomi rakyat dan menyumbang ke arah pertumbuhan negara.

Beliau berkata demikian semasa majlis perasmian Program Halal Malaysia 2019 di sini.

Lebih 1,200 orang yang terdiri daripada usahawan halal sedia ada serta usahawan yang berpotensi tinggi, mahasiswa dan para pelajar menyertai siri program sepanjang bulan Ogos dan September yang memberikan tumpuan kepada kumpulan sasaran di negeri Sabah.

Hadir sama pada program itu ialah Pengerusi Halal Development Corporation (HDC) Datuk Mahmud Abbas.

  • oleh
  • Advertisement