Anda di sini

Polis minta saksi kemalangan maut tampil beri maklumat

Advertisement
DZULBAHARIN
DZULBAHARIN

KINABATANGAN: Polis di sini meminta saksi bebas yang berada di tempat kejadian kemalangan maut di Kilometer (KM) 122 Jalan Sandakan-Lahad Datu pada 16 Ogos lalu untuk tampil atau menghubungi Ibu Pejabat Polis (IPD) Kinabatangan untuk memberi maklumat berkenaan kes itu.

Ketua Polis Daerah (KPD) Kinabatangan Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata dalam kejadian kira-kira jam 1.10 petang itu, empat maut apabila dua kenderaan terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux Double Cap dengan sebuah lori Nissan Dump Truck.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Pihak polis meminta sebarang saksi bebas yang berada di lokasi semasa kejadian itu agar tampil atau menghubungi pegawai penyiasat Insp Edwin di talian 016-856 3017, atau IPD Kinabatangan 089-561890 untuk memberi maklumat bagi membantu siasatan,” katanya.

Advertisement