Anda di sini

Lebih tiga ribu meriahkan Karnival Jom Santai Bersama Walawei Vol.01 

Advertisement
 Shaimie (dua kanan), dan Wan Wala (kanan) bersama ahli MAS merakam kenangan ketika mengatur persiapan karnival berkenaan.
PERSIAPAN: Shaimie (dua kanan), dan Wan Wala (kanan) bersama ahli MAS merakam kenangan ketika mengatur persiapan karnival berkenaan.

KOTA KINABALU: Kira-kira lebih tiga ribu masyarakat sekitar daerah Putatan dan berdekatan membanjiri Padang Bola Pasir Putih Putatan sempana Karnival Jom Santai Bersama Walawei Vol.01 pada Sabtu lalu.

Program anjuran bersama Badan Amal Pertubuhan Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Anak Sabah (MAS), di samping mendapat tajaan Kupi2 fm dan Shell Putatan itu dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik selain kehadiran beberapa orang selebrati jemputan yang terkenal.

 Roland (kiri) dan Wan Wala mencuba bermesra bersama ular albino yang dibawa oleh Rex And The Gink.
MENCUBA: Roland (kiri) dan Wan Wala mencuba bermesra bersama ular albino yang dibawa oleh Rex And The Gink.

Antara selebriti yang menyerikan acara bermula seawal jam 8 pagi hingga 11.30 malam itu ialah; Kumpulan Wala (Raja Lawak), Qhalysa (Mentor), Rubisa Tiasin, Ojet Magik,  Sakinah, Kumpulan Busska Buskers, Aziah AF dan Sumarli Puppet.

Selain penampilan selebriti, karnival telah dimeriahkan dengan pelbagai pertandingan antaranya; Karaoke Kanak-Kanak dan Dewasa, Pertandingan Makan Maggi Terpedas, Timbang Bola, Pertandingan Beyblade, Ratu Kanak-Kanak Tertua, Ratu Dewasa Tercomel dan Cabutan Tiket Bertuah.

 Gambar kenangan antara AJK MAS dan Walawei selepas Karnival Jom Santai Bersama Walawei Vol.01 selesai.
ALBUM: Gambar kenangan antara AJK MAS dan Walawei selepas Karnival Jom Santai Bersama Walawei Vol.01 selesai.

Turut hadir pada karnival itu ialah Presiden MAS; Suhaimi Buang, dan Roland Belimbin; wakil Ahli Parlimen Putatan; Awang Husaini Datuk Sahari.

Menambah meriah lagi karnival julung kali ini, turut diadakan Pesta Makan Durian, di mana sebanyak kira-kira empat tan durian disediakan kepada pengunjung karnival berkenaan.

 Jawatankuasa Walawei Team berkesempatan bergambar bersama Presiden MAS Syhaimi Buang sempena karnival itu.
CERIA: Jawatankuasa Walawei Team berkesempatan bergambar bersama Presiden MAS Syhaimi Buang sempena karnival itu.

Dengan hanya RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak, para pengunjung berpeluang makan 'Raja Segala Buah' ini dengan sepuas-puasnya sepanjang seharian karnival itu berlangsung.

 Tumpukan buah durian yang disediakan kepada hadirin dalam acara Pesta Makan Durian sempena karnival itu.
MAKAN HINGGA PUAS: Tumpukan buah durian yang disediakan kepada hadirin dalam acara Pesta Makan Durian sempena karnival itu.
  • oleh
  • Advertisement