Anda di sini

Lebih 100 sertai Kem Remaja Islam

Advertisement
 Safwan bersama peserta KRIS bergambar kenangan.
KENANGAN: Safwan bersama peserta KRIS bergambar kenangan.

SEMPORNA: Lebih 100 remaja menyertai Kem Remaja Islam (KRIS) yang dianjurkan oleh Persatuan Siswazah Sabah (PSS) Semporna dan Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) Semporna di Sekolah Menengah Kebangsaan Bugaya, di sini, baru-baru ini.

Program yang dirasmikan oleh Pengetua SMK Bugaya Rozita Anjuh itu juga merupakan kolaborasi bersama Kelab Belia Tinagayan (Kebat).

Rozita berkata, kem itu memberi manfaat kepada remaja yang berada di sekitar daerah ini kerana dapat membimbing mereka mengharungi kehidupan yang mencabar.

"Remaja pada hari ini perlu diberikan tarbiah agama yang mantap kerana dunia global dapat memberikan impak yang negatif sekiranya tiada ilmu agama sebagai pendinding mereka," katanya.

Beliau juga melahirkan rasa bangga kerana diberikan peluang mengambil bahagian dalam merasmikan program dan memilih sekolah itu sebagai tuan rumah program KRIS.

Pengarah program Safwan Adam berkata program berkenaan diadakan dalam kerangka memberi pendedahan kepada peserta mengenai keperibadian muslim yang berwawasan selaras dengan slogan KRIS Semporna, 'Menuju Wawasan Muslim Cemerlang'.

"Kem ini juga bertujuan membentuk generasi remaja yang mempunyai akhlak dan peribadi muslim mampan, cemerlang dan kompeten selaras dengan keperluan aspirasi negara," katanya.

Semua peserta menzahirkan rasa gembira kerana dapat menimba ilmu yang bermanfaat terutamanya dari segi ukhwah, adab, akhlak dan ketertiban mengurus prioriti serta mengatur masa.  

Turut hadir, Penolong Kanan HEM SMK Bugaya Rosni Haji Asakil serta beberapa wakil Kebat.

  • oleh
  • Advertisement