Anda di sini

Daun nyirik mampu memberi pendapatan lumayan

Advertisement
 Pengarah Pembangunan Peniagaan Siti Hawa Sarkawi (kanan) menunjukkan daun nyirik yang ditempah untuk produk kelupis keluaran syarikatnya.
LUMAYAN: Pengarah Pembangunan Peniagaan Siti Hawa Sarkawi (kanan) menunjukkan daun nyirik yang ditempah untuk produk kelupis keluaran syarikatnya.

MIRI: Penanaman daun nyirik yang popular digunakan untuk membalut kelupis mampu memberi pendapatan lumayan kepada petani dan penduduk kampung.

Pengusaha kelupis sejuk beku, Kartini Sarkawi melihat akan potensi besar tanaman ini sebagai produk baharu agropelancongan di Sarawak khasnya di Miri.

“Daun nyirik mampu menjadi komoditi besar se-perti dabai dan durian kerana memiliki nilai bukan sekadar hanya daun yang tumbuh liar di hutan,” jelasnya semalam.

Pengarah Urusan Sixteen TwentyNine Sdn Bhd itu berkata, permintaan untuk daun itu semakin bertambah khasnya daripada pengusaha-pengusaha kelupis sama ada yang membuat perniagaan secara kecil dari rumah atau kilang.

Untuk permintaan pukal, seorang pembekal boleh menjana pendapatan puluhan ribu ringgit daripada sumber daun yang diperolehi sama ada dari kebun atau mencari sendiri di hutan.

Harga daun meningkat daripada lapan sen kepada 10 sen sekeping dan sumber untuk mendapatkannya secara besar-besaran terhad di beberapa kawasan sahaja.

Kebanyakan daun yang dijual di sini boleh dibeli di tamu di mana kebanyakan sumber daun adalah dari kawasan Bekenu.

Terdapat juga pembekal dari Limbang dan Baram yang boleh mendapatkan bekalan secara pukal.

Syarikat pernah membeli sebanyak 188,000 keping daun daripada seorang pembekal dengan perolehan pendapatan sebanyak RM18,800.

Ia digunakan untuk memenuhi permintaan pasaran produk kelupis di Semenanjung Malaysia yang telah dieksport pada bulan lalu.

“Permintaan untuk daun ini meningkat 50 peratus daripada 50,000 keping pada tahun lalu kepada 100,000 pada tahun ini untuk peng-usaha kelupis sejuk beku,” jelasnya. Untuk satu kontena kelupis, sebanyak 200,000 keping daun kelupis diperlukan dengan nilai pendapatan sebanyak RM20,000 untuk pembekal daun.

Kartini berkata, kelupis pulut termasuk bersambal mendapat komen balas positif bukan sahaja di Semenanjung Malaysia tetapi juga luar negara.

Kajian dibuat hasil penyer-taan syarikat dalam ekspo perdagangan peringkat tempatan dan antarabangsa.

Antaranya, Ekspo Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Peringkat Nasional di Melaka (2016), Malaysia International Halal Showcase di Kuala Lumpur (2018),  Business Mission To Pontianak KALBAR (2018), Malaysian International Food & Beve-rages (MIFB2018) di Kuala Lumpur, China-ASEAN Expo (CAEXPO 2018) di Nanning Guangxi, China dan MAHA 2018 MAEPS di Serdang, Selangor.

“Untuk pasaran antarabangsa, respons yang diberikan oleh pengunjung adalah sangat luar biasa.

“Rata-rata menyukai keunikan rasa kelupis dan keunikan daun yang memberi aroma istimewa kepada kelupis,” jelasnya.

Daun nyirik atau nama saintifiknya Phacelophrynium Maximum digunakan untuk membalut makanan se-perti beras pulut, beras dan makanan-makanan lain.

Tumbuh sepanjang tahun, daun ini tidak boleh dimakan dan tidak boleh diproses untuk tujuan lain.

  • oleh
  • Advertisement