Anda di sini

Ambil kesempatan raba buah dada rakan sekerja.

Advertisement
 

SIBU: Seorang jururawat lelaki berusia 31 tahun ditahan polis kerana disyaki mencabul rakan sekerjanya yang juga jururawat.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, suspek datang ke rumah pengadu berumur 24 tahun pada pagi 17 Ogos lalu kerana dia mahu menjual keretanya sebelum mengikut suaminya yang bekerja di Kuala Lumpur.

"Pengadu cuba melarikan diri masuk ke dalam bilik untuk mengunci pintu tetapi tidak berjaya. Suspek menolak pengadu ke katil, menindih badan sambil mencium pengadu dan meraba buah dada pengadu.

Suspek cuba membuka baju pengadu namun tidak berjaya kerana pengadu meronta-ronta dan merayu kepada saspek supaya tidak berbuat demikian kepadanya," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Katanya, pengadu yang mempunyai anak, pada mulanya teragak-agak untuk membuat laporan polis kerana dia bimbang ia mungkin menjejaskan kerjaya suspek yang juga sudah berkeluarga dan.mempunyai seorang anak kecil.

"Namun suspek masih menganggu dan menghubungi pengadu beberapa kali memaksa pengadu bertekad membuat laporan polis semalam (20 Ogos)," jelasnya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

  • oleh
  • Advertisement