Anda di sini

Wanita cantik Malaysia, Indonesia dan India dalam ‘Beauty Rewards’

Advertisement
 

BUKAN sahaja memiliki rupa paras menawan sebalik 13 bekas ratu cantik dalam program bertajuk ‘Beauty Rewards’ disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) setiap Khamis, jam 9.30 pagi menerusi saluran TV Okey memberikan inspirasi kepada penonton tip pemilihan fesyen sesuai digayakan dalam sesebuah majlis.    

Program dihoskan oleh Thanuja Ananthan, seorang peragawati dan bekas ratu cantik ini menariknya turut menjalani penggambaran dan mengundang tetamu dalam dan luar negara dengan menemubual peragawati popular antaranya dari India dan Indonesia yang akan berkongsi maklumat dan tip tentang fesyen dan kecantikan yang diamalkan oleh mereka.

Setiap episod juga dibahagikan kepada tiga segmen iaitu ‘Beauty In You’, ‘Magic Touch’ dan ‘Check it Out’.

Segmen ‘Beauty In You’ dalam episod pengenalan program ini menjemput Kiran Jassal, bekas ratu cantik Miss Malaysia Universe 2016 dan juga seorang pelajar dalam bidang pergigian, berkongsi pengalaman beliau sebagai seorang ratu cantik dan juga tip kecantikan yang diamalkan untuk menjaga kecantikan.

 Menyusul segmen ‘Magic Touch’, Kiran menunjuk ajar resipi membuat ‘mask’ muka daripada yogurt, kunyit dan limau. Ia diakhiri dengan ‘Check It Out’ di mana Thanuja memberi panduan dan tip dalam pemilihan baju serta aksesori yang sesuai untuk dipakai dalam sesuatu majlis.

 Ramona Zamzam antara tetamu.
CANTIK: Ramona Zamzam antara tetamu.

Kenali personaliti Ramona Zamzam, seorang artis dan selebriti, berkongsi maklumat tentang kerjaya dan juga pengalaman beliau sebagai seorang ibu. Beliau juga berkongsi tip-tip kecantikan yang diamalkan oleh beliau untuk menjaga kecantikan.

Ramona menunjuk ajar resipi membuat ‘mask’ muka daripada tomato, madu dan limau. Hos rancangan turut memberi tip pemilihan warna baju untuk pakaian pejabat atau sesuatu majlis.

Jauh ke New Delhi, India, Thanuja mengundang Divya Kapoor, seorang peragawati dari India berkongsi maklumat kerjaya beliau dan panduan kecantikan yang diamalkan untuk menjaga kecantikan beliau.

Dalam segmen seterusnya Divya menunjuk ajar resipi membuat ‘scrub’ untuk melembutkan tapak kaki yang diperbuat dari ‘multani mitti’, garam, kunyit, dan limau yang selalu diamalkan beliau di rumah.  Hos turut memberi panduan dalam pemilihan kasut dan beg buatan India yang sesuai untuk sesuatu majlis.

Ikuti perkongsian rahsia kecantikan Adeline Tsen, seorang artis dan selebriti dari Sabah, berkongsi maklumat tentang kerjaya beliau dan pengalaman sebagai penyanyi.

Adeline menunjuk ajar resipi membuat ‘mask’ rambut dari dadih, telur, jus limau dan minyak zaitun. Beliau menggunakan ‘mask’ ini untuk menjaga kecantikan rambut beliau. Ada juga tip dalam pemilihan aksesori yang unik dan ‘trendy’.

Istimewa dalam episod seterusnya. Thanuja melawat Jakarta untuk menemui Karina Syahna, ratu cantik Indonesia yang telah memenangi ‘Miss Jakarta 2017’. Karina berkongsi maklumat tentang kerjaya beliau sebagai seorang guru tarian dan tip kecantikan yang beliau amalkan.

Luangkan masa menyaksikan keseluruhan episod program ini di TV Okey. Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Advertisement