Anda di sini

Tak sempat melintas, pejalan kaki maut dilanggar kereta

Advertisement
hendak melintas jalan apabila sebuah kereta yang datang dari arah Jalan FAC Matang tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa.
Mangsa dikatakan hendak melintas jalan apabila sebuah kereta dari arah Jalan FAC Matang tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa.

KUCHING: Seorang pejalan kaki maut apabila dilanggar sebuah kereta berdekatan Kampung Selang Ulu, Jalan FAC Matang sekitar jam 11.58 lewat malam Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata mangsa dikenali sebagai Suhana Yunus,33 tahun berasal dari Kampung Jaya Bakti.

Menurutnya, semasa kejadian mangsa dipercayai hendak melintas jalan apabila sebuah kereta yang datang dari arah Jalan FAC Matang tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa.

"Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas diperiksa oleh pegawai perubatan dari Hospital Umum Sarawak (HUS)," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik HUS menggunakan kenderaan polis. 

"Manakala pemandu kereta iaitu seorang pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berusia 21 tahun dilaporkan tidak mengalami kecederaan," katanya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Siasatan di tempat kejadian telah dijalankan dan pihak kita turut menyita kenderaan yang terlibat untuk pemeriksaan Puspakom serta Jabatan Kimia," jelas Alexson.

  • oleh
  • Advertisement