Anda di sini

Remaja hilang ketika mencari siput ditemui selamat

Advertisement
 Jackson ditemui selamat oleh penduduk kampung yang melakukan pencarian jam 12 tengah hari semalam.
SELAMAT: Jackson ditemui selamat oleh penduduk kampung yang melakukan pencarian jam 12 tengah hari semalam.

KUCHING: Jackson Jimbat, 18, yang dilaporkan hilang ketika mencari siput bersama bapanya di Sungai Kangka, Simpang Sempadi, Lundu kelmarin (Ahad) ditemui selamat.

Menurut kenyataan dikeluarkan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak semalam, mangsa bersama bapanya mencari siput di sungai berkenaan pada jam 3 petang Ahad.

Bagaimanapun, mangsa yang pada mulanya menunggu di dalam perahu ketika bapanya mencari siput di sebelah kanan sungai yang terletak kira-kira enam meter, naik ke darat untuk mencari siput.

“Setelah selesai mencari siput bapa mangsa kembali ke perahu dan mencari anaknya sambil memanggil nama Jackson tetapi tiada jawapan. Dia telah mencari di kawasan sekitar.

“Beliau juga bersama penduduk kampung mencari di kawasan sekitar jam 7 malam hari sama tetapi gagal menemui mangsa,” jelas kenyataan itu.

Kehilangan Jackson segera dimaklumkan kepada polis dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lundu dengan kekuatan sembilan anggota diketuai PBKII Ramli Marasan melancarkan operasi mencari mangsa jam 9 pagi semalam yang turut menyertai operasi mencari danmenyelamat itu, anggota polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) .

Bagaimanapun bomba dimaklumkan bahawa mangsa berjaya ditemui penduduk kampung di kolam balak lama jam 12 tengah hari semalam dan dalam keadaan selamat.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Klinik Kesihatan Sempadi untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

Advertisement