Anda di sini

PGU Sabah lakukan penerbangan ihsan

Advertisement

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Sabah membuat satu penerbangan ihsan membawa jenazah Inspektor Jasmin Awang, yang meninggal dunia jam 5.30 pagi kelmarin dipercayai menghidap kanser usus, dari Kota Kinabalu ke Tawau.

Penerbangan dilaksanakan pesawat CE-208 9M-PSQ dengan dikendalikan Deputi Superintendan Chew Lik Han dan Asisten Superintendan Peter Francis manakala pemerhati udara adalah Sarjan Ellorean Glatter Philip. Turut mengiringi jenazah adalah isteri serta ibu bapa Jasmin.

Turut hadir di lapangan adalah Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji, Ketua Bahagian Operasi PGU Superintendan Muhamad Azizie Redzwan, pegawai awam dari Bahagian Kebajikan IPK Sabah dan pegawai serta anggota polis Sabah lain.

  • oleh
  • Advertisement