Anda di sini

Manfaatkan teknologi dalam pendidikan masa kini

Advertisement
 Manyin (duduk, tengah) merakam kenangan bersama peserta ICEdDE 2019 yang berlangsung dari 19 hingga 22 Ogos ini di Kuching. —  Gambar Chimon Upon
UNTUK ALBUM: Manyin (duduk, tengah) merakam kenangan bersama peserta ICEdDE 2019 yang berlangsung dari 19 hingga 22 Ogos ini di Kuching. — Gambar Chimon Upon

KUCHING: Warga pendidik di negeri ini digesa mengambil cara yang menarik dalam penggunaan meluas teknologi dalam persekitaran pendidikan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata sekolah dan pendidikan tinggi hari ini di seluruh dunia adalah celik teknologi.

Justeru katanya, seluruh dunia termasuk Malaysia sentiasa menambah baik pendekatan pendidikan mereka untuk kekal relevan.

“Bukan sahaja negara maju tetapi juga negara yang sedang membangun dan belum membangun beralih daripada kaedah tradisional kepada penggunaan teknologi dan Internet.

“Malah golongan pendidik juga mengguna pembelajaran yang bersesuaian dalam pengajaran mereka dengan menggabungkan pembelajaran bersemuka dan atas talian.

“Pendekatan ini akan menjadikan pendidikan sama supaya pelajar dari sekolah bandar dan luar bandar dapat menerima kualiti pendidikan yang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmiannya sempena Persidangan Antarabangsa Pertama Pendidikan Dalam Ekosistem Digital (ICEdDE) yang berlangsung di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong.

Tambah Abang Johari, generasi muda hari ini harus dipupuk untuk mengejar pendidikan mereka ke era digital.

Sebab itu katanya, Kerajaan Sarawak agresif mengguna pakai teknologi baharu untuk membangun ekosistem digital.

“Sistem pendidikan telah dikenal pasti sebagai satu daripada tujuh bidang keberhasilan utama dan menggunakan ekosistem digital untuk mengeluarkan modal insan yang berkualiti, berkemahiran dan berbakat.

“Mereka ini akan menjadi enjin yang akan memandu dan memacu Sarawak ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Abang Johari dalam pada itu berharap pensyarah dan pelatih guru yang menyertai persidangan ini akan bermotivasi selepas persidangan ini dan meneruskan tugas mereka untuk melengkapkan anak-anak pelajar dengan kemahiran digital bagi Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).

Kerajaan Sarawak katanya, komited untuk membantu dan membimbing anak-anak ke era digital bagi memastikan mereka dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan terkini.

  • oleh
  • Advertisement