Anda di sini

Madius optimis pelabuhan POIC beroperasi tidak lama lagi

Advertisement
 Madius bersama rombongan di pelabuhan POIC Lahad Datu.
TINJAU: Madius bersama rombongan di pelabuhan POIC Lahad Datu.

LAHAD DATU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau terkilan dengan sikap  beberapa pihak yang mempertikai dan tidak melaksanakan keputusan Jemaah Menteri mengenai pelabuhan Kluster Industri Minyak Sawit (POIC).

Meskipun begitu, beliau optimis pelabuhan itu akan beroperasi sepenuhnya dalam masa terdekat.

"Kabinet Sabah sudah luluskan lesen supaya POIC Lahad Datu mejadi tempat kapal berlabuh secara sah (legal landing place) pada 23 October tahun lalu. 

"Tetapi setelah hampir setahun,  ia masih belum dapat beroperasi sepenuhnya kerana pelbagai  karenah birokrasi," katanya di sini, semalam.

POIC Lahad Datu ditubuhkan pada 2005 merupakan taman perindustrian yang juga menyediakan pelabuhan kontena. 

Namun ketiadaan lesen menyebabkan ia belum menjadi tempat kapal berlabuh secara sah. 

Potensi pelabuhan sangat baik di Lahad Datu kerana berada dalam laluan Selat Lombok dan Makasar, serta kedalaman semulajadi laut yang melebihi 20 meter. 

“Antara yang belum tersedia kini ialah pengisian pejabat kastam dan imigresen walaupun bangunan sudah tersergam indah. Infrastruktur seperti jalanraya yang baik belum ada, bekalan air dan eletrik pun tidak mencukupi," katanya.

Madius yang juga Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah berkata, perbincangan untuk mencapai penyelesaian dan  keputusan telah dicapai dan pengwujudan jawatankuasa kerja yang dibangkitkan semasa perbincangan tadi akan diperincikan.

Madius yang dalam rangka lawatan kerja ke POIC Lahad Datu diiringi Pembantu Menterinya Ben Chong,  Setiausaha Tetap Kementerian Datuk Madiyem Layapan.

Turut serta Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar merangkat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lahad Datu; Dumi Pg Masdal, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Adun Tungku; Assaffal P Alian dan Pembantu Menteri Kesihatan dan kesejahteraan Rakyat merangkap Adun Kunak; Norazlinah Arif.

  • oleh
  • Advertisement